Selepas insiden serangan ofensif keatas Lahad Datu oleh Pasukan keselamatan dan Angkatan Tentera Malaysia beberapa pihak dari keluarga Kiram III muncul di khalak ramai memalui media menawarkan solusi dan pandangan masing-masing berhubung dengan insiden Lahad Datu.
Antara nya ialah Sultan Kiram II sendiri, Jurucakap Abraham Idjirani bagi pihak Agbimuddin Kiram yang mengetuai pencerobohan Lahad Datu, Janda-janda Kiram, Wakil Kiram yang membuat pertemuan dengan Menteri Pertahanan Malaysia di PWTC, Pemimpin MNLF Nurmisuari dan mungkin banyak lagi pihak yang belum berpeluang muncul dalam media !.
Persoalannya, apakah motif atau tujuan mereka ini? Adakah mereka benar-benar mencari penyelesaian atau ingin mendapat sesuatu dari kemelut ini dengan menangguk di air yang keruh atau ingin mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang mereka rasai dapat dikaitkan dan mendapat imbuhan daripada usaha itu.
Sejak tahun 1980an penghijrahan mendadak berlaku dari selatan Filipina ke Sabah kerana ingin mencari kedidupan yang lebih baik. Ramai kalangan mereka bekeluarga dan menetap dan memperolehi kerakyatan tetap Malaysia. Pembangunan Sabah kian pesat berbanding tempat asal mereka di Selatan Filipina dan ini memberi peluang mencari rezeki di Sabah.
Projek IC seolah mengiktiraf kedatangan mereka dan pendatang lain dari kawasan lain sehingga jumlah mereka di Sabah sudah sampai ke paras yang melibihi penduduk asal.
Adakah jumlah itu menjadi suatu sebab, selain berasaskan tuntutan sejarah kesultanan Sulu, mengapa keluarga Kiram menjadi lebih selesa dan berani untuk coba menakluk Sabah atau sekurang-kurang memberi isyarat awal kepada kerajaan Malaysia bahawa mereka (Keluarga Kiram) sudah mempunyai pengaruh yang kuat yang sudah meresap sebagai penduduk Sabah?
Keluarga Kiram telah menerima sewa tahunan yang dibayar oleh kerajaan Malaysia melalui Peguam mereka di Filipina dan amaun ini amat kecil nilainya berbanding nilainya berpuluh tahun yang lalu.
Penemuan kekayaan minyak di luar pantai Sabah yang berpotensi mengeluar minyak bernilai berbillion dan hasil-hasil lain telah melonjakkan tahap pembangunan fisikal dan sosio-ekonomi Sabah berbanding kawasan mereka di selatan Flipina, sudah pasti menjadi tarikan untuk mereka membuka ruang baru mendapat tambahan imbuhan, sama ada dalam bentuk kenaikan sewa atau persejuan lain yang setimpal bagi mereka dan ini termasuklah kemungkinan mendapat pengiktirafan sebagai Sultan atau ketua Negeri Sabah seperti lain-lain negeri di Semenanjung.
Apa-apa pun, disebalik semua angkara yang berlaku di Lahad Datu semuanya berkisar kepada Fulus/ mahu kesejahteraan hidup dan kuasa walau pun ianya di persembahkan dalam pelbagai cara.