KENANG JASA DAN PENGORBANAN AZMIN ALI DI PERINGKAT AWAL PKN (PKR)
Sebagai anggota parti antara yang paling senior di Sarawak, saya ingin berkongsi rekod perhubungan dan persahabatan saya dengan seseorang yang bernama Azmin Ali sejak awal penubuhan Parti Keadilan National (PKN).
Sebagai seorang yang masih muda, Azmin, ketika itu (belum YB lagi) telah memikul tanggungjawab yang amat besar mengemudi PKN (kini PKR) bagi pihak kepimpinan parti yang masih muda tatkala DSAI sedang digeluti kemelut kes penginayaan keatas beliau tatkaka anak-anak beliau masih kecil.
Dalam tahun 2001, saya berjumpa dengan Azmin yang ketika itu ditemani oleh Sdr Ghani Harun (saya tak pernah jumpa beliau sejak 2001) di sebuah hotel kelas sedarhana di Miri, dalam misi mengembangkan PKN dan sekali gus mencari calon untuk bertanding buat pertama kalinya dalam PRN Sarawak.
Sepanjang 4-5 hari perjumpaan kami di hotel di Miri, kita telah berjumpa dengan pelbagai pihak dalam mengatur urusan PKN. Sekali gus saya bertindak sebagai pemandu beliau ke hulu dan hilir di tempat yang baru dan asing. Jelas nampak pada beliau beban dan tanggungjawab yang amat besar dan berat, tatkala parti berhadapan dengan segala cemuhan, herdikan, makian dan tohman pihak lawan.
Beliau amat tenang mempertahankan kedudukan parti dan DSAI dalam siri ceramah beliau di utara Sarawak diperingkat awal penubuhan PKN.
Semua itu juga saya pelajari dari beliau dalam mengharungi 20 tahun liku-liku yang beranjau dalam PKN dan PKR.
Bagi yang meragui, sangsi bersyakwa-sanga baik mau sebaliknya, secara peribadi, saya tidak pernah mendapat ganjaran material dari beliau dan jauh sekali mendapat "projek" maupun kedudukan khas walau pun sekembalinya dari Miri Sarawak beliau menang bertanding sebagai MP & ADUN di Selangor dan kemudian menjadi YAB Menteri besar dan sekarang menjadi menteri Persekutuan. Namun saya amat sanjungi beliau kerana amat kental dan konsisten dalam perjuangan melawan unsur dan amalan negatif dalam pentadbiran negara ketika itu.
Saya amat hargai persahabatan dengan YB Azmin yang tidak pernah luntur walaupun kita jarang-jarang dapat bertemu lebih-lebih lagi setelah sibuk dengan urusan parti dan Negara.
Untuk rekod, dalam perjumpaan 4-5 hari di Miri dalam awal tahun 2001, dalam beliau sebuk menaip untuk mengeluarkan surat-surat watikah calon, saya rasa amat beruntung kerana merupakan calon PKN yang pertama mendapat dan menerima surat watikah Presiden PKN(PKR) di Sarawak mau pun seluruh Borneo untuk bertanding dibawah tiket PKN (sekarang PKR) bagi kawasan DUN55 Subis (Kini Bekenu)
Sejak peringkat infensi parti kita penggang tanggungjawab parti, walaupun setakat yang termampu, terdaya seadanya samada diperingkat cabang maupun diperingkat nasional.
Oleh itu saudara dan saudari sekelian hargailah seseorang seperti Sdr Azmin Ali dan jangan fikir kita ini selama ini dibela semata-mata oleh segala bentuk pemberian material oleh beliau. Malah ramai kawan-kawan dan teman yang telah meninggalkan beliau kerana desakan hidup.
Hargailah jasa beliau, tanpa Azmin PKN/PKR juga boleh sampai ketempat yang ada sekarang tapi tidak banyak yang sudi tunggu dan pikul tanggungjawab tatkala parti lalui zaman susah.
Saya dengan ini sepenuhnya menyokong penuh kepimpinan beliau dalam parti dan sebagai pemimpin diperingkat negara.
Wallahualam
Wassalam
Mohdar Ismail
KC Keadilan Sibuti
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (Lantikan)