Namun demikian setelah rangka penubuhan itu terbentuk dan perjanjian royalti dengan Negeri Sarawak siap untuk dimeterai, Tun Abdul Rahman Yaakub dalam akhbar itu menyatakan bahawa beliau tidak menandatangani perjanjian itu dan ianya dilakukan oleh Timbilan beliau ketika itu.
Perjanjian Royalti yang ada sekarang tetap wujud dan laku walaupun tidak ditandatangan oleh beliau bukahlah suatu persoalan.Penyerahan kekayaan minyak Sarawak dan Sabah kepada kerajaan persekutuan dan perjanjian royalti sebanyak 5% adalah suatu dasar yang akan diputuskan ketika itu dan tanggungjawan tersebut terletak kepada kedua-dua Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.Apa apa jua ketetapan yang di buat sudah pasti meninggalkan kesan yang besar terutama kepada rakyat kedua buah negeri ini.
Walau pun Petronas sudah dan telah melaksanakan banyak usaha untuk membelbagaikan pelaburannya dalam industri minyal, gas, petrochemical - down dan up-stream dan membuat pelaburan dan perkembangkan usahanya ke luar negara dalam bidang berakaitan, usaha juga harus ditumpu untuk mencari sumber-sumber lain untuk masa depan generasi malaysia semasa dan sesudah kehabisan minyak.
Industri yang
boleh di terokai adalah antaralinnya, dalam bidang nuklear,
solar, biofuel dan memperuntukan
dana yang lebih untuk tujuan R&D selain menubuhkan tabung seperti yg
dicadang oleh bekas CEO pertama Petronas Tengku Razaleigh Hamzah iaitu Tabung Warisan Petrolium (National Petroleum Heritage Fund)..
Kenapa sekarang
baru tabung sedemikian baru nak diwujudkan? Apakah ada kaitan dengan kemungkinan
kuasa beralih kepada PR atau satu usaha untuk menyekat atau usaha supaya tidak memungkinkan
perlaksanaan apa-apa yang terkandung dalam manifesto PR berhubung royalty seperti
yang di rancang oleh PR.?
Mantan PM - Mahathir
Presiden UMNO, mengikut kuasanya, telah
menggunakan Petronas untuk penyelesai beberapa masaalah besar termasuk
menyelamatkan GLC dan syarikat2 yang
bermasaalah yang kebanyakannya disebabkan kecuaian dan kesilapan pengurusannya.
Pengagihan
kontrak-kontrak yang mengguntungkan untuk kroni dan anak-anak beliau dirasakan
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana PM sebelumnya walaupu mereka memiliki
kuasa yang sama seperti apa yang dimilikinya sudah cukup memberi peringatan
kepada rakyat bahawa kuasa itu boleh dipergunakan berasas kepentingan yang tidak secara keseluruhannya menapati aspirasi rakyat Malaysia dan memerlukan Akta Petroleum1974 tersebut di pinda supaya lebih telus dan ini termasuklah
seksyen 3(2)-(3) berhubung dengan peranan Penasihat yang dilantik dari negeri-negeri pengeluar
minyak supaya mereka diberi kuasa yang sama dalam membuat keputusan dasar mengikut atau berpandukan konsensus
dan sekali gus melupuskan kuasa veto dalam seksyen 2.
Petronas, ada
kalanya juga mengecapi pulangan yang lumayan apabila ada kenaikan harga minyak
dipasaran dunia dan Petronas juga tidak dikenakan cukai BERLEBIHAN (Excess
Profit Tax) seperti yang di dasarkan di negara maju yang lain untuk menyumbang
kepada kutipan cukai kerajaan semasa
harga minyak dunia naik.
Inilah bentuk
keistemewaan yang di kecapi oleh Petronas dan secara langsung oleh PM sebagai
pemegang kuasa penuh.
Sepatutnya dengan adanya minyak Malaysia boleh melonjak mengatasi negara-negara
yang tidak ada sumber asli itu.
No comments:
Post a Comment