Hujan lebat semalam telah menyebabkan banjir di beberapa buah kampung di Bekenu, Sibuti. Pada jam 3 petang tadi beberapa kawasan di kampung Menjelin ditengelami air sedalam 2-3 kaki.
Kawasan ini adalah suatu kawasan yang sering di banjiri air jika hujan lebat dalam 2-3 jam. Air yang turun dari hulu kawasan ini tidak dapat mengalir dengan lancar kerana saluran keluar ke sungai amat kecil dan sempit menyebabkan bertakungnya air dan boleh menengelamkan jalan-jalan di sekitar kawasan ini.
Usaha untuk menengani masaalah ini tidak dibuat secara teliti walaupun sudah beberapa kali kerja-kerja membersih saluran/parit dubuat.
Kerja dibuat seolah melepas batuk ditangga dan merupakan pembaziran wang rakyat kerana kerja yang dibuat tidak menyelesaikan masaalah.
Saya pernah syorkan supaya saluran/culvert di bina menyeberangi jalan utama kampung (Jalan utama menghalang/merentangi pengaliran air ke sungai) untuk menyalur air hujan dari hulu kampung terus ke sungai.
Apabila jentera kontraktor dibawa ianya hanya membersih parit yang tidak ada kena mengena dengan penyaluran air ke sungai dan masaalah banjir yang kerap sudah tentu tidak akan selesai.
Buat tempat yang menyelesai masaalah dan bukan buat perkara seolah ianya dibuat tetapi boleh selesai masaalah. Kontraktor dibayar dengan lumayan untuk tidak buat kerja yang sepatutnya dijalankan.
No comments:
Post a Comment