Friday, 12 August 2011

PENCEROBOHAN TANAH PERKUBURAN SUNGAI UBAN SIBUTI MIRI DALAM BULAN RMADAN 2011


PENCEROBOHAN TANAH PERKUBURAN SUNGAI UBAN SIBUTI MIRI UNTUK KESEKIAN KALI.
Atas persetujuan pihak AJK saya telah membuat satu Laporan Polis di Balai Polis Bandar Miri pada 11 Ogos 2011 untuk melapor kejadian. Pada jam 9:45 malam iaitu selepas Sembanyang sunat terawih saya di panggil semula untuk bertemu dengan pegawai penyiasat untuk memberi kenyataan yang boleh membantu siasatan.

Saya merakam setinggi terimakasih kepada Pegawai Polis yang telah memberi dan berjanji untuk berbuat yang terbaik dalam menengani kes ini. Tahniah kepada Polis Miri yang mesra rakyat.

Ekoran berlakunya kejadian pencerobohan ini saya pada hari sebelumya telah melapor kejadian kepada AJK Pentadbir Kubur & Tanah NCR Sungai Uban, Sibuti Miri yang mana telah mengarah beberapa orang ahlinya untuk meneriksa kawasan perkuburan ini.

Lawatan pemeriksaan kubur dan Tanah kemudiannya dibuat pada 10 Ogos 2011 (Khamis -- Ramadan) dikawasan Sungai Uban Sibuti telah terserempak dengan pebceroboh kubur dan tanah di sekitarnya.

Sebuah mesin traktor yang ber"bucket" berwarna biru gelap yang di syaki diguna untuk mengangkut benih sawit dan kerja-kerja meracun  rumput di jumpai.

Di samping itu sebuah mesin jangkaut (Excavator) yang sedang bergerak bekerja juga kelihatan dalam kawasan kubur.

Bersama AJK pentadbir tanah kubur dan tanah NCR tersebut, telah mendekati pengendali mesin jangkaut dan meminta dia turun dari mesinnya.

Bila disoalsiasat pengendali memberitahu yang dia hanya diupah oleh pengurusnya untuk membuat kerja seperti diarah. Bila diajukan dengan soalan lagi dia memberi nama "manager" yang mengarah kerja dilakukan diatas tanah perkuburan.

Menurut pengendali mesin tersebut, beliau mengaku ada terkaut tengkorak manusia semasa membuat kerja mengaut dan menolak tanah.

Rumput di tanah perkuburan di racun dengan racun rumput, kayu ditolak rebah dan pembakaran terbuka dilakukan.

Kawasan itu tidak lagi menampakkan kesan/tanda kubur selepas tanahnya ditolak.


Pengendali mesin jangkaut yang sempat di soal siasat di lokasi kejadian.


Ini lah pemandangan sebahagian kawasan kubur yang dipercayai menempatkan lebih dari 200 kubur. Tanah. rumput diracun dan kemudian di bakar secara terbuka.
 Sebahagian lagi kawasan yang dibakar.


Mesin jangkaut yang digunakan dalam pencerobohan..di sebelah kanan seorang dari AJK pentadbir Kubur Sg Uban.

Mesin Traktor juga dijumpai untuk kerja menanam sawit.



Di bulan Ramadan Al Mubarak ini ada juga manusia sekejam Yahudi meluaskan penempatannya di Palistin. Kerana hanya maukan wang ringgit yang mudah dan cepat ada dari kalangan manusia yang sanggup jadi berua dalam kes ini.

Pebuatan jenayah seperti ini harus di hentikan segera kerana jika ia berlarutan ia akan menegangkan keadaan dalam masyarakat yang dikatakan bertamadun ini.

Ada AJK yang menyuarakan kekesalan  yang teramat sangat sehingga ada yang rela berbuat yang sama kepada penceroboh dengan menggali kubur nenek moyang mereka sekiranya perbuatan sebegini tidak di hentikan.

Ini bukan kali yang pertama tempat yang sama ini di ceroboh. Malah dalam tahun 80an ada perbuatan khianat memusnahkan nisan dan fasiliti yang ada ditempat tersebut. Kemudian apabila jalan raya "Miri-Bekenu" coastal road dibuka, perbuatan khianat bertambah-tambah. 3-4 tahun yang lepas beberapa pekerja upahan telah dijumpai mengerjakan kerja menolak tanah dan penananam kelapa sawit. Hampir sepuluh Laporan polis dan  bantahan juga dibuat telah kepada ketua masyarakat.

Kubur ini dalah merupakan penempatan awal Kaum Bakong/Bahung (rumpun orang Ulu) yang mana kemudiannya  menerima Islam sebagai Agama anutan mereka apabila mengamalkan kahwin campur dengan pendakwah Melayu Islam dari Brunei semasa era penyebaran islam di Asia tenggara.

Saturday, 6 August 2011

TIP PROPAGASI TANAMAN

Kerja "tissue culture" boleh dilakukan dirumah...Yang penting adalah kebersihan. Semua alat2 dan perkakas mesti lah bersih dari kuman.. mesti dlm sterilize dan makanan dan bahan2 (meduim) yg boleh meransang bahagian tertentu tumbuhan.


Secara am bahan berikut yg boleh diperolehi dikedai2 biasa boleh digunakan untuk menyediakan "medium" untuk tissue culture.


1. Air kelapa tua (protin mesti dikeluarkan)
2. Agar2
3. Baja (NPK) elak banyak phosphate dan urea
4. Gula biasa
5 Multi Vitamin
6. Air suling ( boleh guna air suling spritzer - dijual di supermarket
7. Bahan tumbuhan yg hendak di clone- explant


Note : Air kelapa kadang2 boleh menyebab/galak tumbuh mole
Medium boleh menjadi asidic dalm proses pertumbuhan tumbuhan
* Boleh gunakan Tepoung baking powder dan Cuka untuk  tambah/kurangkan asiditi medium.
* Guna explant yang sihat

KURSUS MENGENDALI MESIN PERTANIAN - MESIN PENGOREK

Mesin pengorek bersaiz kecil dan sedarhana boleh mengerjakan kerja-kerja yang boleh di buat secara manual oleh 50-80 orang dalan sehari. Antara kerja yang kebiasaannya dilakukan di ladang adalah membina parit, kolam ikan, batas, memindah tanaman yang sudah tumbuh besar, meluas kawasan tanah dengan "staking" batang pokok, meratas/"Leveling" tanah, menanam cerucuk pagar dan untuk menuai buah diatas pokok(sebagai tangga), pruning dahan dll.

Dalam nampak senang dan menyeronokan, pengunaan mesin untuk melakukan kerja memerlukan suatu perancangan yang teliti, seperti membuat kolam besar, mengali parit, merata/"level" tanah. Kerja yg tidak terancang akan banyanyak membuang masa dan sudah tentu kos pengendalian.

Skill mengendali.amat diperlukan terutama bila bekerja dalam suasana dan keasaan yg mencabar misalnya di kawasan yang curam, bukit yang tinggi, pokok2 yang banyak dan rapat, kawasan berair dan paya.

Seseorang penendali mesti tahu kekuatan dan kelebihan yang boleh di gunakan untuk dimanafaat dalam menjalan kerja.

Penyelengaraan mesin juga mesti dubuat mengikut jadual atau kekerapan yang munasabah. Pengendali juga mesti tahu "stress"-stress yang berlaku kepada mesin. Seperti juga kita manusia bekerja dengan kekuatan "kuda-kuda" demikian juga mesin  untuk mengurangkan load stress.

mengendali mesin pertanian amat seronok...seolah main toy dan merupakan senaman yang baik.

Untuk kursus pengendalian anda boleh hubungi kami.