Friday, 12 August 2011

PENCEROBOHAN TANAH PERKUBURAN SUNGAI UBAN SIBUTI MIRI DALAM BULAN RMADAN 2011


PENCEROBOHAN TANAH PERKUBURAN SUNGAI UBAN SIBUTI MIRI UNTUK KESEKIAN KALI.
Atas persetujuan pihak AJK saya telah membuat satu Laporan Polis di Balai Polis Bandar Miri pada 11 Ogos 2011 untuk melapor kejadian. Pada jam 9:45 malam iaitu selepas Sembanyang sunat terawih saya di panggil semula untuk bertemu dengan pegawai penyiasat untuk memberi kenyataan yang boleh membantu siasatan.

Saya merakam setinggi terimakasih kepada Pegawai Polis yang telah memberi dan berjanji untuk berbuat yang terbaik dalam menengani kes ini. Tahniah kepada Polis Miri yang mesra rakyat.

Ekoran berlakunya kejadian pencerobohan ini saya pada hari sebelumya telah melapor kejadian kepada AJK Pentadbir Kubur & Tanah NCR Sungai Uban, Sibuti Miri yang mana telah mengarah beberapa orang ahlinya untuk meneriksa kawasan perkuburan ini.

Lawatan pemeriksaan kubur dan Tanah kemudiannya dibuat pada 10 Ogos 2011 (Khamis -- Ramadan) dikawasan Sungai Uban Sibuti telah terserempak dengan pebceroboh kubur dan tanah di sekitarnya.

Sebuah mesin traktor yang ber"bucket" berwarna biru gelap yang di syaki diguna untuk mengangkut benih sawit dan kerja-kerja meracun  rumput di jumpai.

Di samping itu sebuah mesin jangkaut (Excavator) yang sedang bergerak bekerja juga kelihatan dalam kawasan kubur.

Bersama AJK pentadbir tanah kubur dan tanah NCR tersebut, telah mendekati pengendali mesin jangkaut dan meminta dia turun dari mesinnya.

Bila disoalsiasat pengendali memberitahu yang dia hanya diupah oleh pengurusnya untuk membuat kerja seperti diarah. Bila diajukan dengan soalan lagi dia memberi nama "manager" yang mengarah kerja dilakukan diatas tanah perkuburan.

Menurut pengendali mesin tersebut, beliau mengaku ada terkaut tengkorak manusia semasa membuat kerja mengaut dan menolak tanah.

Rumput di tanah perkuburan di racun dengan racun rumput, kayu ditolak rebah dan pembakaran terbuka dilakukan.

Kawasan itu tidak lagi menampakkan kesan/tanda kubur selepas tanahnya ditolak.


Pengendali mesin jangkaut yang sempat di soal siasat di lokasi kejadian.


Ini lah pemandangan sebahagian kawasan kubur yang dipercayai menempatkan lebih dari 200 kubur. Tanah. rumput diracun dan kemudian di bakar secara terbuka.
 Sebahagian lagi kawasan yang dibakar.


Mesin jangkaut yang digunakan dalam pencerobohan..di sebelah kanan seorang dari AJK pentadbir Kubur Sg Uban.

Mesin Traktor juga dijumpai untuk kerja menanam sawit.



Di bulan Ramadan Al Mubarak ini ada juga manusia sekejam Yahudi meluaskan penempatannya di Palistin. Kerana hanya maukan wang ringgit yang mudah dan cepat ada dari kalangan manusia yang sanggup jadi berua dalam kes ini.

Pebuatan jenayah seperti ini harus di hentikan segera kerana jika ia berlarutan ia akan menegangkan keadaan dalam masyarakat yang dikatakan bertamadun ini.

Ada AJK yang menyuarakan kekesalan  yang teramat sangat sehingga ada yang rela berbuat yang sama kepada penceroboh dengan menggali kubur nenek moyang mereka sekiranya perbuatan sebegini tidak di hentikan.

Ini bukan kali yang pertama tempat yang sama ini di ceroboh. Malah dalam tahun 80an ada perbuatan khianat memusnahkan nisan dan fasiliti yang ada ditempat tersebut. Kemudian apabila jalan raya "Miri-Bekenu" coastal road dibuka, perbuatan khianat bertambah-tambah. 3-4 tahun yang lepas beberapa pekerja upahan telah dijumpai mengerjakan kerja menolak tanah dan penananam kelapa sawit. Hampir sepuluh Laporan polis dan  bantahan juga dibuat telah kepada ketua masyarakat.

Kubur ini dalah merupakan penempatan awal Kaum Bakong/Bahung (rumpun orang Ulu) yang mana kemudiannya  menerima Islam sebagai Agama anutan mereka apabila mengamalkan kahwin campur dengan pendakwah Melayu Islam dari Brunei semasa era penyebaran islam di Asia tenggara.

No comments:

Post a Comment