Thursday, 8 December 2011

TEMUBUAL DENGAN PEMBERITA AKHBAR

Seorang remaja di temubual oleh pemberita sebuah akhbar pro pemerintah..

Pemberita : Apa pendapat kamu mengenai dengan parti pemerintah sekarang?

Remaja :  Tidak telus, Tidak ada kebebasan, Polisi yang tidak adil, Tidak memberi peluang kepada orang muda......

Keesokan paginya di pejabat dia bagitau boss mengenai temubual terseut. Boss tersangat marah kerana ianya boleh jejas business.. Boss mengarah remaja tersebut supaya panggil pemberita untuk ubah komen supaya pro-pemerintah.

Remaja : Hello...semalam saya ditemubual oleh tuan,  sudah kah komen tersebut di siar dalam akhbar pagi ini? Saya mahu ubah komen saya supaya pro parti pemerintah.

Pemberita :  Kami sudah siar dan kami juga sudah ubah dengan membuang semua perkataan "tidak".

No comments:

Post a Comment