BN
SUDAH TAHAP KRITKAL- KETANDUSAN IDEA KREATIF
Merujuk kenyataan ketua pemuda BN Sarawak yang disiar dalam Borneo Post 16,
oktober, 2012 yang bertajuk “Taktik
Kotor PR semakin terserlah”
Mencanang dan menerap kebencian yang
meluap-luap dikalangan rakyat dan tidak berupaya dan mampu mendatangkan
idea-idea kreatif sesuai dengan masa hanya akan membantu partinya tenggelam dimamah
masa.
Kenyataan pemimpin sebegitu hanya
menggambar apa yang belaku an terbuku disebaliknya
dan apa yang paling nyata dan ketara ialah, pemimpin BN sendiri sudah muak
dengan dasar-dasar yang memperbodoh dan mempermainkan rakyatnya sendiri.
Contoh yang terdekat ialah beberapa pemimpin
Sabah keluar meninggalkan BN dan diantara
mereka adalah Datuk Lajim Ukin, Wilfred Bumburing dan beberapa pemimpin dan
ketua cabang/ranting parti/komponen BN Sabah yang saya percarai keluar bukan kerana sogokan wang oleh
pemimpin PR malah atas sebab yang melibatkan dasar-dasar yang baik serta pruden
Pakatan Rakyat dan juga sudah tidak
yakin dengan dasar BN yang mereka ikuti selama ini.
Pemimpin yang meninggalkan BN ini bukan
saja selesa dari segi kedudukan, elaun dan gaji mereka dalam BN malah hampir
dipastikan boleh dipilih semula untuk bertanding sebagai calon BN namun semua
itu tidak menghalangkan mereka bungkus keluar kerana jijik dengan dasar BN yang
rigid kontang dan tandus idea dan gagal menyaingi dasar-dasar yang ditawarkan
oleh PR.
PR tidak mungkin mengalami ketandusan
idea seperti yang di tuduh itu, malah banyak dari idea-idea dan dasar PR amat releven
dan disenangi oleh rakyat jelata. Ada
sebahagian Tagline di plagiar dan tokok tambah dengan seketul dua perisa demi cuba
nak mempertahankan kemalapan dan kehambaran.
Yang tetap dan sudah tentu pasti adalah
betapa terdesaknya orang-orang suruhan memabur fitnah dan melaga-lakan rakyat
dengan membangkitkan isu-isu sensitive berhungung dengan kaum dan agama yang hampir
saban hari di canang isu dan bahan yang sudah lama dimasukkan ke dalam
arkiv portal internet.
Idea-idea beracun , keterbelakang, kolot
, malap dan hambar ini harus di campak
jika kita mahu sebuah Negara yang aman dan progressif untuk masa depan
generasi dan anak-anak kita seperti yang terdapat di Negeri-negeri dibawah
pemerintahan Pakatan Rakyat yang mendapat pujian dari ketua audit Negara
Malaysia baru-baru ini.
Lapuran ketua Audit Negara cara terang-terang memuji prestasi dan dasar
negeri Pakatan dan ini bukanlah secara kebetulan tetapi atas daya usaha serta
komitment dan pengorbanan yang tinggi oleh pemimpin PR terhadap rakyat.
Gambar dipetik dari laman social internet!
”PENINGKATAN HASIL LEBIH BAIK DI
NEGERI-NEGERI YANG DITADBIR OLEH PAKATAN” adalah merupakan kenyataan seorang
Ketua Audit Negara Malaysia.
Lapuoran Audit Ketua Audit Negara
baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh mengenai dengan masaalah bekalan air
kepada rakyat dan lilang-kilang di Negeri Selangor seperti yang dilaporkan didalam
media arus perdana.
Ini membukti pembohongan BN itu sudah nyata dan rakyat telah diperbodohkan
untuk sudah sekian lamanya.
Rakyat melihat dengan mata dan dengar
dengan telinga kepala sendiri tindakan liar penyokong BN yang membaling batu ke
tempat ceramah pemimpin pakatan, membaling batu dan cat ke arah kenderaan
“Jelajah Merdeka Rakyat” PR
diselangor, Memecah cermin kenderaan dan
merobek dinding kenderaan DSAI di Johor belum lama ini. Ini adalah antaranya
idea kreatif penyokong parti pemerintah
yang sudah lama memperbodohkan rakyat Malaysia.
“EMPAT NEGERI DIBAWAH PAKATAN RAKYAT TERIMA PUKIAN LAPORAN AUDIT NEGARA”
Gambar dipetik dari laman social internet!
Yang jelas taktik kotor ini di lakukan oleh penyokong BN dan tindakan mereka
betul-betul memuakkan rakyat kepada BN selaku pemerintah yang sepatutnya memberi
contoh baik.
Tidak dinafikan ada sebilangan pemimpin
BN bukan saja keliru malah sudah muak dengan dasar dan tindak tanduk mereka
sendiri dan mengambil keputusan keluar parti seperti yang tersebut diatas
kerana sudah jauh tersisih dari landasan perjuangan membela rakyat dan menuju
kearah politik liar dan kotor dan dasar-dasar yang mementingkan pemimpin atasan
dari membela rakyat yang memilih mereka.
http://www.youtube.com/watch?v=2cXV3O74CzQ&feature=player_embedded
Seharusnyalah pemimpin dan rakyat Sarawak
khususnya berfiikir semasak-masaknya mengenai dengan masa depan Sarawak.
jika masih kekal dengan parti yang sudah terkeluar dari landasan perjuangannya
dengan amalan rasuah, neposisma, cronisma dan dasar yang menyisih rakyat demi
kepentingan segelintir pemeimpin atasan.
Kalau lah BN yang bertapak di Sarawak
selama hamper 48 tahun kenapakah Sarawak, sebuah negeri yang kaya dengan hasil
sumber asli balak dan minyak ini ratyatnya masih jauh ketinggalan dan rakyatnya
dalam keadaan yang miskin berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.
Trans- Borneo Highway
yang ada sekarang adalah dalam keadaan yang menyedihkan dan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk
membina jalan ketahap yang lebih selesa .
Kenapa bajet 2013 perlu untuk memperuntukan sebilangan besar wang untuk tujuan
membeli tong-tong air, kalaulah kerajaan BN selama ini sudah melaksanakan
system penyaluran air bersih. Alasan yang biasa kita terima adalah kerana negeri Sarawak
dan Sabah adalah suah negeri yang besar telah
kita dengar semenjak 48 yang lalu dan kini alas an tersebut tidak releven lagi.
Sekiranya rakyat Sarawak
mencontohi rakyat Selangor dalam memilih pemimpin dan kerajaannya, yang mana
telah menguburkan BN, sudah pasti Sarawak
boleh lebih maju dan rakyatnya lebih kaya berbanding dengan negeri-negeri lain
di Malaysia.
Laporan audit membuktikan dengan jelas
nahawa BN sanggup memainkan taktik kotor, sanggup menabur fitnah, pembohongan
dan mendedah keaiban orang lain demi hawa ketamakan dan gila kuasa hingga gamak
memperbodoh, memperkecilkan kepentingan rakyat demi mempertahankan pemimpin dan
kroni mereka.
Tidak heranlah hari demi hari ramai
kalangan pemimpinnya sendiri sudah sedar dan keluar meninggalkan BN kerana
jijik akan sikap dan dasar yang menekan rakyat itu.
Solusinya sekarang, demi Sarawak,
singkirkan BN dan pilih Kerajaan Pakatan Rakyat demi memertabatkan dan
merakyatkan ekomomi Sarawak.
Oleh yang demikian janganlah keliru dan
mendengar pembohongan demi pembohongan yang sudah nyata dilakukan oleh pemimin
dan pengikut mereka. Ayuh, maju, pandang kehadapan dan kerana Allah SWT, majulah
dengan PAKATAN RAKYAT !!!!
“Samaada kamu mempercayai Laporan Ketua
Audit Negara atau percaya dengan pembohongan pemimpin-pemimpin kamu sendiri
selama ini !!!!. Jom Tukar Kerajaan !!! kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang
mampu membawa negerinya kea rah kecemerlangan !!!”