Wednesday, 17 October 2012

BN SUDAH TAHAP KRITKAL KETANDUSAN IDEA KREATIF


BN SUDAH TAHAP KRITKAL- KETANDUSAN IDEA KREATIF

Merujuk kenyataan ketua pemuda BN Sarawak yang disiar dalam Borneo Post 16, oktober, 2012 yang bertajuk  “Taktik Kotor PR semakin terserlah”

Mencanang dan menerap kebencian yang meluap-luap dikalangan rakyat dan tidak berupaya dan mampu mendatangkan idea-idea kreatif sesuai dengan masa hanya akan membantu partinya tenggelam dimamah masa.

Kenyataan pemimpin sebegitu hanya menggambar apa yang belaku  an terbuku disebaliknya dan apa yang paling nyata dan ketara ialah, pemimpin BN sendiri sudah muak dengan dasar-dasar yang memperbodoh dan mempermainkan rakyatnya sendiri.

Contoh yang terdekat ialah beberapa pemimpin Sabah keluar meninggalkan BN dan  diantara mereka adalah Datuk Lajim Ukin, Wilfred Bumburing dan beberapa pemimpin dan ketua cabang/ranting parti/komponen BN Sabah yang saya percarai  keluar bukan kerana sogokan wang oleh pemimpin PR malah atas sebab yang melibatkan dasar-dasar yang baik serta pruden Pakatan Rakyat  dan juga sudah tidak yakin dengan dasar BN yang mereka ikuti selama ini.

Pemimpin yang meninggalkan BN ini bukan saja selesa dari segi kedudukan, elaun dan gaji mereka dalam BN malah hampir dipastikan boleh dipilih semula untuk bertanding sebagai calon BN namun semua itu tidak menghalangkan mereka bungkus keluar kerana jijik dengan dasar BN yang rigid kontang dan tandus idea dan gagal menyaingi dasar-dasar yang ditawarkan oleh PR.

PR tidak mungkin mengalami ketandusan idea seperti yang di tuduh itu, malah banyak dari idea-idea dan dasar PR amat releven dan disenangi oleh rakyat jelata. Ada sebahagian Tagline di plagiar dan tokok tambah dengan seketul dua perisa demi cuba nak mempertahankan kemalapan dan kehambaran.

Yang tetap dan sudah tentu pasti adalah betapa terdesaknya orang-orang suruhan memabur fitnah dan melaga-lakan rakyat dengan membangkitkan isu-isu sensitive berhungung dengan kaum dan agama yang hampir saban hari di canang isu dan bahan yang sudah lama dimasukkan ke dalam arkiv  portal internet.

Idea-idea  beracun , keterbelakang, kolot , malap dan hambar ini harus di campak  jika kita mahu sebuah Negara yang aman dan progressif untuk masa depan generasi dan anak-anak kita seperti yang terdapat di Negeri-negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat yang mendapat pujian dari ketua audit Negara Malaysia baru-baru ini. 

Lapuran ketua Audit Negara  cara terang-terang memuji prestasi dan dasar negeri Pakatan dan ini bukanlah secara kebetulan tetapi atas daya usaha serta komitment dan pengorbanan yang tinggi oleh pemimpin PR terhadap rakyat.

Gambar dipetik dari laman social internet!


”PENINGKATAN HASIL LEBIH BAIK DI NEGERI-NEGERI YANG DITADBIR OLEH PAKATAN” adalah merupakan kenyataan seorang Ketua Audit Negara Malaysia.

Lapuoran Audit Ketua Audit Negara baru-baru ini tidak sedikit pun menyentuh mengenai dengan masaalah bekalan air kepada rakyat dan lilang-kilang di Negeri Selangor seperti yang dilaporkan didalam media arus perdana.

Ini membukti pembohongan BN itu sudah nyata dan rakyat telah diperbodohkan untuk sudah sekian lamanya.

Rakyat melihat dengan mata dan dengar dengan telinga kepala sendiri tindakan liar penyokong BN yang membaling batu ke tempat ceramah pemimpin pakatan, membaling batu dan cat ke arah kenderaan “Jelajah Merdeka Rakyat”  PR diselangor,  Memecah cermin kenderaan dan merobek dinding kenderaan DSAI di Johor belum lama ini. Ini adalah antaranya idea kreatif  penyokong parti pemerintah yang sudah lama memperbodohkan rakyat Malaysia.

“EMPAT NEGERI DIBAWAH PAKATAN RAKYAT TERIMA PUKIAN LAPORAN AUDIT NEGARA”



Gambar dipetik dari laman social internet!






Yang jelas taktik kotor ini di lakukan oleh penyokong BN dan tindakan mereka betul-betul memuakkan rakyat kepada BN selaku pemerintah yang sepatutnya memberi contoh baik. 

Tidak dinafikan ada sebilangan pemimpin BN bukan saja keliru malah sudah muak dengan dasar dan tindak tanduk mereka sendiri dan mengambil keputusan keluar parti seperti yang tersebut diatas kerana sudah jauh tersisih dari landasan perjuangan membela rakyat dan menuju kearah politik liar dan kotor dan dasar-dasar yang mementingkan pemimpin atasan dari membela rakyat yang memilih mereka.

http://www.youtube.com/watch?v=2cXV3O74CzQ&feature=player_embedded 

Seharusnyalah pemimpin dan rakyat Sarawak khususnya berfiikir semasak-masaknya mengenai dengan masa depan Sarawak. jika masih kekal dengan parti yang sudah terkeluar dari landasan perjuangannya dengan amalan rasuah, neposisma, cronisma dan dasar yang menyisih rakyat demi kepentingan segelintir pemeimpin atasan.
Kalau lah BN yang bertapak di Sarawak selama hamper 48 tahun kenapakah Sarawak, sebuah negeri yang kaya dengan hasil sumber asli balak dan minyak ini ratyatnya masih jauh ketinggalan dan rakyatnya dalam keadaan yang miskin berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.

Trans- Borneo Highway yang ada sekarang adalah dalam keadaan yang menyedihkan  dan tidak ada peruntukan yang mencukupi untuk membina jalan ketahap yang lebih selesa .

Kenapa bajet 2013 perlu untuk memperuntukan sebilangan besar wang untuk tujuan membeli tong-tong air, kalaulah kerajaan BN selama ini sudah melaksanakan system penyaluran air bersih. Alasan yang biasa kita terima adalah kerana  negeri
Sarawak dan Sabah adalah suah negeri yang besar telah kita dengar semenjak 48 yang lalu dan kini alas an tersebut tidak releven lagi.

Sekiranya rakyat Sarawak mencontohi rakyat Selangor dalam memilih pemimpin dan kerajaannya, yang mana telah menguburkan BN, sudah pasti Sarawak boleh lebih maju dan rakyatnya lebih kaya berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Laporan audit membuktikan dengan jelas nahawa BN sanggup memainkan taktik kotor, sanggup menabur fitnah, pembohongan dan mendedah keaiban orang lain demi hawa ketamakan dan gila kuasa hingga gamak memperbodoh, memperkecilkan kepentingan rakyat demi mempertahankan pemimpin dan kroni mereka.

Tidak heranlah hari demi hari ramai kalangan pemimpinnya sendiri sudah sedar dan keluar meninggalkan BN kerana jijik akan sikap dan dasar yang menekan rakyat itu.
Solusinya sekarang, demi Sarawak, singkirkan BN dan pilih Kerajaan Pakatan Rakyat demi memertabatkan dan merakyatkan ekomomi Sarawak.

Oleh yang demikian janganlah keliru dan mendengar pembohongan demi pembohongan yang sudah nyata dilakukan oleh pemimin dan pengikut mereka. Ayuh, maju, pandang kehadapan dan kerana Allah SWT, majulah dengan PAKATAN RAKYAT !!!!

“Samaada kamu mempercayai Laporan Ketua Audit Negara atau percaya dengan pembohongan pemimpin-pemimpin kamu sendiri selama ini !!!!. Jom Tukar Kerajaan !!! kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang mampu membawa negerinya kea rah kecemerlangan !!!”

No comments:

Post a Comment