Berikut adalah sebahagian dari perkara yang tertunggak / bermasaalah yang menjadi permasalahan kepada rakyat Sibuti dan belum lagi ditunai atau dilaksanakan.
1. Cadangan membina sebuah Jambatan menyeberangi Sg Sibuti - dari Pekan Bekenu ke Kg Seberang Rambai. Cadangan / janji ini dilakukan semasa Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib ke Bekenu belum lama dahulu.
2. Hampir 40 tahun Jalan Singkat/Bekenu bypass Paya Selanyau tidak di beri perhatian dan jalan tidak berbatu. Jalan ini menghubung sebagai laluan By-Pass dari kawasan Satap, melalui Menjelin ke kawasan Bungai dan Kg Angus dan seterusnya ke Bandar Miri Jalan ini tidak boleh dilalui oleh kenderaan semasa hujan dan mempunyai permukaan yang becak semasa hujan.
3. Projek SME berhampiran Kampung Kawang, Bekenu yang telah dibina infastruktur asas nya (Jalan) dan telah menelan belanja beratus ribu, namun dibiar TERBANGKALAI begitu sahaja sejak hampir 15 tahun yg lalu.- Ini satu lagi bukti pembaziran wang rakyat oleh kerajaan BN.
4. Jalan ke Sekolah Rendah Rh Mokeng Hulu Satap, Sibuti sepanjang 5KM, yang 15 tahun dulunya berturap, turun gred dari status jalan berturap ke jalan tanah kuning dan terdapat sepanjang 50 meter dari jaan tersebut sering dibanjiri air ketika hujan turun.
5. Jalan Kpg Beraya - Kejapil : Terdapat bahagian jalan yang mempunyai struktur yang lemah, retak menunggu runtuh dan tidak di perbaiki sejak hampir 10 tahun yang lalu dan mendedashkan pengguna jalan raya kepada bahaya setiap hari, lebih-lebih lagi masa hujan dimana stukturnya boleh menjadi lebih lemah dan tidak setabil.
6. Jalan Ke Sekolah Bukit Peninjau dari simpang Bekenu dalam keadaan teru, berlopak dan berlubang (Turun gred dari status jalan berturap ke jalan tanah kuning) dan telah dibiar dalam keadaan demikian sejak berbelas tahun lalu.
7. Jambatan menyeberangi Sg Tiris yang telah siap pembinaannya tetapi tanah di kedua belah jalan tersebut tidak di sambung ke jambatan menyebabkan jambatan tersebut dalam keadaan 100% tidak boleh digunakan dan ini satu lagi pembaziran wang rakyat kerana menafaatnya tidak di kecapi oleh penduduk secara maksima.
8. Klinik Desa Sibuti tidak mempunyai doktor sejak ianya wujud di Pekan Bekenu.
9. Petani kecilan yang produktif mengeluarkan sayur-sayuran dan tanaman kontan tidak memiliki tanah pertanian sendiri bagi menjalankan kegiatan pertanian . Mereka terdiri penduduk-penduduk kampung yang kegiatan utama mereka ialahbertani dan ianya merupakan punca utama pendapatan mereka.
10. Air banjir bertakong - Kg Menjelin - kerja-kerja menanganinya tidak dibuat tepat pada masaalah yang sebenarnya. Perkara ini sudah berlarutan berbelas tahun walaupun usaha untuk membersih parit/anak sungai dilalukan hampir setiap tahun.
11. Jalan Pesisir Pantai Bekenu-Niah terutama kawasan di antara Jambatan Sibuti dan Jambatan Sepupok Niah adalah dalam keadaan yang bergelombang dan amat merbahaya kepada pengguna jalan raya lebih-lebih lagi semasa hujan. Jalan berkelopak air dan boleh mendedahkan bahaya kepada pemandu.
12. Tidak terdapat lampu jalan di simpang-simpang utama Jalan Pesisir pantai dan jalan Miri- Bintulu lama.
13. Jalan masuk ke Kampung Muhibbah Ladang 3, Sibuti, dalam keadaan yang berlubang dan air bertakong semasa hujan lebat..
14. Pembekalan air bersih dan lektrik kekampung-kampung dan rumah pajnang yang mengambil masa yang lama untuk disiap dan terdapat beberapa kawasan belum terdapat pembekalan.
15. Tekanan air paip di Kampung Terahad Bekenu yang amat lemah dan air hanya boleh dikeluarkan/diperolehi pada lewat malam.
16. Terdapat beberapa orang penduduk Kampung Bakam merunggut kerana pokok buahan dan tanaman mereka di tebang bagi mendirikan tiang lektrik bagi penyaluran elektrik ke bahagian pendalaman kampung tersebut walau pun mengikut persetujuan awal kawasan selebar 8 kaki dari sisi jalan akan di tebang tetapi tempat dimana kawasan mencecah 20 kali lebarnya dan menyebabkan pokok-pokok buahan dikorbankan tanpa adanya pampasan.
17. Pengambilan tanah pertanian yang diusahakan oleh petani di Paya Selanyau. Sekurang-kurang 50 ekar telah lesap di agih kepada Syarikat besar.
18. Rakyat terlena seketika dengan penyampain BRIM, dalam tempuh beberapa bulan yang lalu, dan masaalah seperti diatas diabaikan.
19. Adakah Janji Wakil Rakyat Sibuti dengan pihak penuntut tanah NCR untuk menjalankan "perimeter survey" tanah NCR kawasan Sg Uban dan Opak telah dilaksanakan? .
20. Aadakah wujud dalam perancangan suatu pelan atau usaha untuk menumpukan Sibuti sebagai kawasan pengeluar sayuran/buahan dan tanaman bagi memajukan ekonomi petani selain tanaman kelapa sawit dan getah.?
Adakah masaalah seperti diatas telah di beri perhatian sewajarnaya oleh Wakil-waki Rakyat DUN dan Parlimen Sibuti? Saya tidak menafikan wakil-wakil rakyat DUN dan Parlimen Sibuti memang giat turun padang, menghadiri majlis perkahwinan, penyerahan sumbangan-sumbangan termasuk BRIM, aktiviti sukan dan social seperti bermukun, Poco-Poco, namun sekiranya kerja-kerja ini dilaku dan dilaksanakan sudah pasti ianya tidak kekal menjadi masaalah kepada rakyat seperti statusnya yang ada hari ini.
No comments:
Post a Comment