Friday, 11 January 2013
DI MANA KEADILAN BN UNTUK SARAWAK ?
Keadilan Miri Hanis Adenan, PR senantiasa akan mara membela Rakyat Malaysia dan Sibuti bukan pengecualian, tanpa mengira kekuatan kubu-bu mana mana parti dibawah BN.
Selama 47 tahun Dasar BN hanya mementingkan agenda BN UMNO dan komponen parti BN Sawak gagal untuk membela rakyat Sarawak walau pun umum mengetahui Sarawak mengatahui bahawa Sarawak adalah Negeri yang paling kaya dalam Malaysia.
Tanggungjawab untuk membangun Sarawak dan penduduknya telah diketepikan dengan penyerahan Kuasa keatas Minyak dan Gas oleh parti tempatan sendiri manakala kekayaan hutan balaknya di monopoli oleh kroni dan keluarga pemimpin BN itu sendiri.
Akhirnya Rakyat yang menjadi mangsa. Yang amat merisaukankan ialah status rakyat Sarawak dianatara yang termiskin dalam Malaysia.
MP Sibuti Sendiri adalah bukan anak tempatan walau pun sejak ini berhijrah masuk kedalam kawasan sibuti.
Setelah 47 tahun memerintah kemudahan ASAS masih menjadi agenda sudah tentu menunjukkan kelemahan yang nyata di pihak BN.
Peluang penceburan dalam Industri minyak yang pada suatu masa dulu (sebelum 1974) amat membanggakan dan anak-anak tempatan boleh cari makan. Sekarang anak-tempatan dipinggir dan pekerjaan dimonopoli oleh kroni BN UMNO yang merupakan sekutu komponen BN Sarawak sendiri.
Syarikat minyak dimonopoli oleh syarikat gergasi milik anak bekas PM dan menantu PM dan kroni BN/UMNO yang bernilai beratus juta adalah suatu dasar yang mempunyai unsur pembolotan yang amat nyata dan BN Sarawak tidak berupaya untuk menegani ketidak seimbangnya peluang perniagaan dalam industri ini.
Umum mengatahui bahawa kemudahan asas seperti Jalan Raya di Sarawak adalah dalan keadaan yang amat daif dan BN melalui dasar kerajaan persekutuan terus membuta mata dan memberi tumpuan keada projek mewah seperti Litar Lumba, Bangunan kembar dan kemaraan ini akan terus berlaku dengan cadangan membina "Merdeka Tower" walau pun tidak ddibiayai keseluruhan oleh wang rakyat.
Inilah dasar yang berat sebelah dan tidak memihak kepada keperluan negeri Sarawak dan dasar ini disokong secara melulu oleh komponen BN Sarawak sehingga rakyat Swak menjadi rakyat yang termiskin dalam Malaysia.
Kalau BN Swak betul-betul membela anak Sarawak kenapa p pembahagian peluang ini memihak kepada kroni BN UMNO yang merupakan sekutu BN Sarawak?
Sekarang barulah kononnya telah mebela dan akan membela ana-anak Sarawak padahal telah bersekongkol merampas hak didepan mata ana-anak sarawak sendiri.
Anak tempatan mencari pekerjaan di luar negera dan tahap pemgganguran semakin tinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment