Selepas 5 bulan MH370 belum lagi dijumpai dan tidak meninggal kan apa-apa bukti kukuh kemana ianya menghilang.
Dari jam 12:41 pagi 8/12/2014 MH370 bertolak dari KLIA menghala ke Beijing China namum pada jam 1:21 segala hubungan terputus dan pesawat tidak dapat dikesan lagi.
Kalau ikut perkiraan "kaki lima" disitu putus hubungan maka di situlah jatuh pesawat tersebut.
Kesemua andaian selepas jam 1:21 pagi itu sampailah kesaat ini adalah andaian semata-mana, tanpa ada bukti yang kukuh.
Sehingga kini pihak tentera atau pihak kementerian pertahanan tidak pernah mengeluarkan kenyataan formal bahawa pesawat yang berpatah balik melintasi utara Semenanjung Malaysia itu adalah MH370.
Kenyataan yang paling hampir adalah melalui siaran Dokumentari TV1 yang menyatakan bahawa "MENGIKUT RADAR TENTERA," pesawat yang berpatah balik keatah barat melintasi Utara Semenanjung Malaysia adalah MH370.
Tidak ada terdapat mana-mana maklumat kesanan radar negara jiran yang juga boleh mengkonformasi bahawa apa yang dikesan dalam radar mereka adalah pesawat MH370.
Pesawat yang dikesan mana-mana radar itu boleh jadi Pesawat yang menyamar ID MH370 sama ada drone atau jet tentera atau pesawat penyamar yang lain walau pun pada suatu ketika Syarikat Satelit yang mempunyai satelit yang berlegar di angkasa Lautan Hindi mengistiharkan bahawa ianya menerima atau mengesan isyarat dari MH370 dan dikatakan mengarah ke selatan lautan Hindi tetapi sumber isyarat itu belum tentu dari MH370 itu sendiri.
Beberapa bulan kemudian Syarikat Satelit itu mengaku bahawa ada kemungkinan bahawa isyarat yang diterima oleh satelitnya itu berkemungkinan besar "bogus". Dalam kata lain bukan dari pesawat MH370 itu sendiri.
Kenapa Radar tentera Australia yang boleh mengesan 3000KM tidak dapat mengesan MH370 yang dikatakan menghala menghampiri Barat Australia?
Kenapa Pengkalan Tenteri Amerika yang canggih lagi rahasia dipulau Degio Garcia di lautan Hindi yang digunakan sebagai pengkalan tentera semasa memerangi Iraq dan Afganistan itu tidak dapat mengesan MH370 atau duduk diam mengenai dengan nya.
Pesawat yang menghala ke barat pada pagi 8/3/2014 itu juga dikatakan melintasi Utara Semenanjung diantara Pulau Pinang dan Pulau Langkawi dan menara komunikasi telefon ada kesan "login" telefon bimbit yang dimiliki oleh salah seorang krew pesawat. Perkara ini juga tidak dapat disahkan oleh mana-mana pihak, Kononnya kesanan itu boleh berlaku pada ketika pesawat itu terbang pada altitut yang rendah dan dapat berhubung dengan menara telekomunikasi di pulau itu.
Satu hal lagi ialah, pada saat perkara itu berlaku (telefon binbit krew pesawat log ke menara telekomunikasi) adalah dalam jam 2.00 pagi dan pada saat itu, mengikut perkiraan kelajuan MH370, ianya sepatutnya sudah berada di utara Sumatra berdekatan dengan Acheh kecuali MH370 itu merayau-rayau berlegar diruang udara membuang masa sebelum sampai ke utara pulau sumatra maka masa login itu mungkin boleh berlaku pada masa kejadian itu berlaku.
Secara am peluang untuk MH370 terhempas kedalam air (Lau/Lautan) adalah 70% dan hanya 30% didaratan.
Hampir keseluruhan usaha telah digemblingkan keatas peluang 70% itu dan hampir tiada keatas yang 30% dan tumpuan adalah di kawasan tertentu di Barat. Australia walau pun tiada bukti kukuh yang diperolehi yang menunjukkan MH370 berakhir disitu.
Syarikat satelit juga mengeluarkan data satelit yang berkaitan dengan MH370. Dengan data tersebut semua dan sesiapa saja akan mendapat jawapan yang hampir sama tanpa mengira data itu sahih atau sebaliknya.
https://news.yahoo.com/australia-malaysia-reach-search-cost-sharing-deal-032942526.html
No comments:
Post a Comment