Pejabat Presiden Parti Keadilan Rakyat
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
21 September 2015
Pertemuan Ketua Pembangkang Malaysia, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dengan Pimpinan DAP
Presiden KEADILAN, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah bertemu dengan pimpinan Parti DAP yang diwakili oleh sdr Lim Kit Siang, sdri Teresa Kok serta sdr Liew Chin Tong dalam satu mesyuarat tertutup pada hari ini.
“Kami telah mengadakan pertemuan dengan pimpinan DAP sebentar tadi untuk membincangkan beberapa perkara penting termasuklah hala tuju perjuangan berasaskan prinsip yang dipersetujui bersama.”
“Kami turut membincangkan mengenai rundingan meja bulat ke arah pembentukan pakatan pembangkang baru yang bakal diadakan pada hari esok. Rundingan ini akan dihadiri oleh pimpinan parti pembangkang utama, pimpinan NGO serta tokoh-tokoh lain.”
“Saya yakin rundingan pada hari esok akan membina sebuah muafakat politik baru yang lebih kuat sejajar dengan harapan rakyat yang mengimpikan sebuah pakatan pembangkang yang teguh dan harmoni seterusnya mampu menewaskan Umno/Barisan Nasional.”
Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Pejabat Presiden, Parti Keadilan Rakyat

No comments:
Post a Comment