Wednesday, 20 December 2017

SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK - PENCERAHAN PERMIT/LESEN MEMBANGUN KAWASAN GAS BERYL LUAR PANTAI BINTULU


SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK - PENCERAHAN PERMIT/LESEN MEMBANGUN KAWASAN GAS BENYL LUAR PANTAI BINTULU OLEH PETRONAS DAN JX NIPPON.

20 Disember, 2017

Kepada
YAB KM Sarawak
Datuk Amar Abang Johari Abang Openg
Kerajaan Negeri Sarawak

Assalamualaikum,

Merujuk kepada laporan media The Edge Market (http://www.theedgemarkets.com/article/petronas-awards-og-rights-beryl-gas-field-jx-nippon) pada 20/12/2017 yang bertajuk " Japan's JX Nippon Oil & Gas Exploration says Malaysian state oil firm Petronas has awarded it oil and gas rights for the Beryl gas field off the coast of Malaysia" apakah Kerajaan Negeri Sarawak telah dimakkum atau mengetahui mengenai penganugerahan hak keatas Lapangan Gas Beryl di Luar lantai Sarawak oleh Petronas kepada JX Nippon?

Apakah Kerajaan Negeri Sarawak sudah telah melulus Dan mengeluarkan permit kepada Petronas Dan JXNippon untuk membangun lapanga gas Beryl?

Sebelum in YAB KM dalam ucapan penggulungannya di DUN Sarawak, berkata Sarawak akan menggunakan haknya di bawah Akta Perlombongan untuk mengeluarkan pajakan untuk perlombongan minyak di negeri ini, memandangkan “perlombongan” disenaraikan sebagai sebahagian daripada hak-hak Sarawak dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Adalah kuasa Negeri untuk menerbitkan pajakan perlombongan dalam Senarai Negeri Perlembagaan Persekutuan. Justeru kita mesti melaksanakan hak perlombongan kita.

“Dalam melaksanakan hak perlombongan ini, kita mentafsirkan bahawa, walaupun Kerajaan Persekutuan menerusi Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA) telah memberikan hak untuk meneroka dan mengeksport petroleum kepada Petronas, ini tidak bermakna Petronas mempunyai hak untuk masuk ke wilayah Sarawak, sama ada tanah atau laut.

“Sebelum Petronas boleh beroperasi di wilayah Sarawak, Petronas perlu mendapatkan lesen atau pajakan yang diperlukan,” tegasnya lagi.

PDA sebelum ini memperuntukkan bahawa semua hak untuk eksplorasi dan pengeksport petroleum baik di darat dan luar pesisir di Persekutuan termasuk Sarawak diletakkan di bawah kuasa tunggal Petronas.

“Ini jelas merupakan tindakan mengeksploitasi sumber-sumber petroleum Sarawak.

Katanya, biarpun mereka (Kerajaan Pusat) telah bersetuju untuk memberi pampasan kepada Sarawak secara tunai, jumlah ini sekarang dianggap tidak mencukupi.

“Dalam melaksanakan hak perlombongan  di wilayah berdaulat ini, tidak bermakna kita tidak bersahabat dengan komuniti perniagaan petroleum di Sarawak.

“Kami mengalu-alukan pembangunan industri petroleum di Sarawak, malah kami turut menubuhkan Petroleum Sarawak Berhad atau Petros untuk membangunkan industri ini di Sarawak.

“Dan kami tidak berhasrat mengganggu perniagaan biasa industri petroleum di Sarawak apabila kami menggunakan hak perlombongan kami di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Persoalan yang rakyat ingin tahunsekarang, apakah Petronas telah ikut syarat-syarat yang telah di bentang di DUN Sarawak?

Apakah permit atau Dan lesen telah dikeluarkan kepada Petronas Dan JX Nippon?

Adalah diharapkan YAB KM DA @Abang Johari & Kerajaan Negeri Sarawak memberi pencerahan mengenai laporan yang dibawa oleh portal berita The Edge Market itu.

Mohdar Ismail

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas
YB Datuk Hajjah Nancy Shukri
YB Puan Hajjah Sharifah Hasidah Sayeed
Sdr Wan Khalik WM Al-Edrus

No comments:

Post a Comment