SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK
14 Mei, 2018
Assalamualaikum,
YAB, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg
Ketua Menteri Sarawak
PEMINDAHAN PEGAWAI KERAJAAN SARAWAK SEBELUM PRU14 DI SARAWAK
Perkara diatas adalah dirujuk.
Saya, Mohdar Bin Ismail, Ketua Cabang PKR Sibuti Dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan ini merayu kepada kerajaan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak untuk menimbang semula arahan pindah kerja bagi pegawai kerajaan yang dilakukan secara mendadak sebelum PRU14 9hb mei 2018.
Tidak ada asas yang kukuh untuk memindah pegawai-pegawai tertentu selain bermotifkan politik dan kepentingan orang-orang tertentu.
Pegawai kerajaan tidak seharusnya dijadikan mangsa kerana hanya atas desakan orang awam, ketua-ketua masyarakat dan lain-lainya yang mungkin dilihat sebagai tidak cenderung kepada kepentingan individu tertentu.
Contohnya, perkara sebegini telah berlaku di Parlimen P218Sibuti di mana Pegawai Daerah Sibuti telah diarah pindah kerja ke jabatan lain di Kuching sebaik sebelum PRU14.
Bukanlah niat saya untuk masuk campur urusan kerajaan negeri tetapi demi keadilan, pegawai-pegawai tidak harus di jadikan mangsa politik orang-orang tertentu.
Untuk memastikan keadilan, perkara sebegini tidak harus di lakukan hanya atas kepentingan kelompok-kelompok dan individu-individu tertentu.
Oleh yang demikian saya merayu, agar YAB Ketua Menteri dapat menimbang agar pindah kerja pegawai kerajaan ini dikaji semula dan diletakkan ketempat asal mereka.
Memohon jasa baik serta budibicara YAB
Sekian
Terima kasih
Mohdar Ismail
KC PKR Sibuti, MPP PKR Pusat.

No comments:
Post a Comment