Sunday, 20 May 2018

KORELASI HARGA MINYAK MENTAH DUNIA BRENT DENGAN KADAR PERTUKARAN WANG ASING USD-MYR

Faktor premium Malaysia Crude oil until Mei 2018 pada USD3.80


Harga minyak mentah Brent 20-05-2017 hingga 20-05-2018



source: tradingeconomics.com



Kadar Pertukaran  wang asingUSD - MYR 20-05-2017 hingga 20-05-2018

source: tradingeconomics.com





 Gas Asli dari 20-05-2017 hingga 20-05-2018
source: tradingeconomics.com


Anggaran pengeluaran minyak dan gas Sarawak (oil equivalent) per Hari mengikut harga pasaran minyak mentah dunia Brent dengan Faktor premium Mei, 2018 (Mengikut harga Malaysia Crude Oil - MCO)

LIVE UPDATE MENGIKUT HARGA MINYAKMENTAH DUNIA BRENT + FAKTOR PREMIUM MCO  & TAPIS




Monday, 14 May 2018

SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK

SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK

14 Mei, 2018

Assalamualaikum,

YAB,  Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg
Ketua Menteri Sarawak


PEMINDAHAN PEGAWAI KERAJAAN SARAWAK SEBELUM PRU14 DI SARAWAK

Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya, Mohdar Bin Ismail, Ketua Cabang PKR Sibuti Dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan ini merayu kepada kerajaan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak untuk menimbang semula arahan pindah kerja bagi pegawai kerajaan yang dilakukan secara mendadak sebelum PRU14 9hb mei 2018.

Tidak ada asas yang kukuh untuk memindah pegawai-pegawai tertentu selain bermotifkan politik dan kepentingan orang-orang tertentu.

Pegawai kerajaan tidak seharusnya dijadikan mangsa kerana hanya atas desakan orang awam, ketua-ketua masyarakat dan lain-lainya yang mungkin dilihat sebagai tidak cenderung kepada kepentingan individu tertentu.

Contohnya, perkara sebegini telah berlaku di Parlimen P218Sibuti di mana Pegawai Daerah Sibuti telah diarah pindah kerja ke jabatan lain di Kuching sebaik sebelum PRU14.

Bukanlah niat saya untuk masuk campur urusan kerajaan negeri tetapi demi keadilan, pegawai-pegawai tidak harus di jadikan mangsa politik orang-orang tertentu.

Untuk memastikan keadilan,  perkara sebegini tidak harus di lakukan hanya atas kepentingan kelompok-kelompok dan individu-individu tertentu.

Oleh yang demikian saya merayu, agar YAB Ketua Menteri dapat menimbang agar pindah kerja pegawai kerajaan ini dikaji semula dan diletakkan ketempat asal mereka.

Memohon jasa baik serta budibicara YAB

Sekian

Terima kasih


Mohdar Ismail
KC PKR Sibuti, MPP PKR Pusat.

Thursday, 10 May 2018

Korelasi Harga minyak mentah dunia Brent Dan Nilai matawang Ringgit Malaysia

KORELASI HARGA MINYAK MENTAH DUNIA DENGAN NILAI RINGGIT MALAYSIA  UNTUK TEMPOH 1 TAHUN MENUNJUKKAN BAHAWA NILAI RINGGIT MALAYSIA DIPENGARUHI OLEH HARGA MINYAK BERBEZA DENGAN NEGARA BUKAN PENGRLUAR MINYAK SEPERTI SINGAPURA DIMANA ASAS EKONOMINYA BUKAN DARI SUMBER ASLI SEPERTI MINYAK.

APAKAH INI MENUNJUKKAN KEBERGANTUNGAN EKONOMI MALAYSIA KEPADA MINYAK? APA PERSEDIAN YANG BOLEH DILAKUKAN KEPADA KEBERGANTUNGAN INI? APA AKAN TERJADI SEKIRANYA SUMBER MINYAK MENTAH MENGURANG DAN HABIS APA AKAN BERLAKU DENGAN NILAI RINGGIT?




source: tradingeconomics.com5




source: tradingeconomics.com


Saturday, 31 March 2018

Barapa kalikah perkataan "Royalty dan atau Royalties" wujud dalam dokumen penting negera seperti yang tersenarai dalam rajah dibawah?

Barapa kalikah perkataan "Royalty dan atau Royalties" wujud dalam dokumen yang tersenarai dalam rajah di bawah?





Terdapat 14 kali namun ia nya tidak berkaitan dengan minyak & gas Sarawak kecualistuiaitu Perkara 112C 4(b) Perlembagaan Persutuan dimana ia menyatakan bahawa Parlimen Malaysia tidak boleh membuat undang-undang untuk mendidakkan Sarawak dan Sabah untuk mengenakan royalti.

Maka hak itu mestilah di gubal dalam undang-undang kerajaan negeri Sarawak. Sama ada peruntukan itu sudah wujud, saya tidak tahu dan jika ianya tidak ada maka Sarawak boleh mengenakan royalti keatas minyaknya dan lain-lain mineral yang di lombong walaupun kerajaan mengujudkan banyak perundangan seperti MMA, CSA, TSA untuk menidakkan hak Sarawak untuk mengenakannya namun peruntukan MA63  tidak membenarkannya. Tidak ada satu perkataan pun yang diubah dalam MA63 walau pun Perlembagaan Persekutuan sudah dipinda sebanyak hampir 600 kali termasuk yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.


Ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang Royalti yang dibayar kepada kerajaan Sarawak sebagai pemilik pemilik  kerana selama ini kerajaan persekutuan menggangap apa yang dibayar kepada sarawak adalah pembayaran tunai menuruy Sek 4, Akta Pembangunan Petronas 1974, ia itu pembayaran untuk mendapatkan pemilikan, kuasa, keistemewaan keatas minyakminyak S.


Perkara ini bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan.


Kembalikan saja hak minyak Sarawak dan Sarawak sebagai pemilik minyak sendiri akan menentukan kadar royalti yang harus dibayar oleh pemegang konsesi minyak/gas. 

Penentuan kadar royalti adalah hak pemilik minyak bukan pihak pemegang konsessi.


Kenapa harus ianya dijadikan tawaran baru kalau tawaran lama pun tidak diperbetulkan dan belum ditunai.

Tawaran baru hanya akan tambah kemudaratkan  yang sedia ada. 


Perbetulkan perkara yang tidak mengikut petlembagaan selama 43 tahun berkenaan hak minyak Sarawaki dengan mengembalikan hak minyak Sarawak, tidak lebih dan tidak kurang seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan mengikut lunas perlembagaan Persekutuan. Inilah masaalah utamanya.

Dont fix it if it is not broken.  After all, the main reason for discontentment amongst Sarawak  and Sabahan  is the failure to comply and adhere with what was agreed in MA63.


New offer that is not constitutional and not in accordance with MA63 will further aggravate the existing problem.  

PERDANA MENTERI MALAYSIA DS NAJIB DAN PETRONAS HARUS MENJELAS KEPADA RAKYAT SARAWAK KEPENTINGAN PROJEK DI TELAGA GAS SK320 CENTRAL LUCONIA BINTULU

PERDANA MENTERI MALAYSIA  DS NAJIB DAN PETRONAS HARUS MENJELAS KEPADA RAKYAT SARAWAK KEPENTINGAN PROJEK DI TELAGA GAS SK320 CENTRAL LUCONIA  BINTULU

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas harus menjelaskan secara terperinci pihak yang melabur di blok Gas SK320 Pegaga, Central Luconia Sarawak.

Mengikut laporan Reuters pada March 21, 2018,  bahawa Mubadala adalah operator untuk  block SK320 dengan kepentingan sebanyak 55 peratus, manakala Petronas Carigali memegang kepentingan sebanyak 25 peratus dan  and Sarawak Shell punya kepentingan 20 peratus.

Perkara berikut harus dijelaskan oleh Perdana menteri Malaysia dan Petronas sebagai pelaksana dasar minyak Malaysia.

1.  Kenapa kepentingan Petronas melalui anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd
jauh lebih kecil  berbanding kepentingan syarikat luar?

2. Kenapa kepentingan negeri
Sarawak dalam projek tersebut tidak di peruntukan?

3. Mengikut laporan yang sama, Mubadala Petroleum (MP) adalah milik penuh Mubadala Investment Company (MIC) sebuah syarikat "Abu Dhabi-based state fund".  









Pada 21 Januari, 2017 Presiden dan pemerintah Abu Dhabi telah mengeluarkan perintah (perundangan) untuk mengujudkan Mubadala Investment company (MIC) yang dikatakan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Abu Dhabi yang terdiri dari International Petroleum Company (IPIC) dan Mubadala Development Company (MDC)dan syarikat yang sama juga telah melabur sebanyak US4Billion dalam membangun kilang aluminum yang merupakan sebahagian dari  Projek SCORE di Sarawak.

Anak syarikat Mubadala Investment company (MIC),  Mubadala Oil& Gas, Mubadala Petroleum (MP) telah menandatangani perjanjian membangun dan pengeluaran dengan PETRONAS (syarikat GOC kerajaan Malaysia) 


Soalan : Apakah wujud kepentingan langsung atau tidak langsung rakyat Malaysia dalam Pelaburan yang dibuat oleh MIC atau mana-mana anak syarikat nya dalam Mubadala Petroleum (MP)?  Jika tidak, kenapa kepentingan yang di miliki oleh MIC dan atau anak syarikatnya begitu tinggi dalam pembangunan dan pengeluaran di kawasan minyak SK320 Sarawak?

Perkara diatas berkaitan dengan kepentingan Negara dan kepentingan Negeri Sarawak  (Sarawak sebagai pemilik kawasan minyak SK320),  DS Najib harus memberi penjelasan  yang jelas kepada rakyat mengenai persoalan yang dikemukakan diatas.

Merujuk kepada Territotial Sea Act 2012, Petroleum Development Act 1974, Perkara 8(j) Jadual Sembilan Federal List dan Perkara 2(c) Jadual Sembilan State List dalam Perlembagaan Persekutuan,  Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa  Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi federasi dan mana-mana undang-undang yang di luluskan selepas hari merdeka (Penubuhan Malaysia), yang tidak selari dengan perlembagaan, ketahap ketidak selarian nya,  adalah tidak sah.

     

Pada March 21, 2018 : 1:57 PM Reuters melaporkan

"Mubadala Petroleum, Petronas and Royal Dutch Shell will spend more than $1 billion to develop Malaysia’s Pegaga gas field, aiming to produce gas by the third quarter of 2021, Abu Dhabi-based Mubadala said on Wednesday.


The project in Block SK320, located in the Central Luconia province, offshore the East Malaysian state of Sarawak, will now proceed to the construction and installation stage, the company said in a statement.

Mubadala is the operator of the block with a 55 percent share while Petronas Carigali holds a 25 percent interest and Sarawak Shell holds 20 percent. 

The Pegaga gas field would be the first development in Malaysia for Mubadala Petroleum, which is fully owned by Abu Dhabi-based state fund Mubadala Investment Company that holds assets worth over $125 billion.

The company plans to build an Integrated Central Processing Platform (ICPP) consisting of an eight-legged jacket designed for natural gas throughput of 550 million cubic feet per day plus condensate to be located in water depths of about 108 meters (354 feet), Mubadala said.
The output will be sent through a new 38-inch subsea pipeline tying in to an existing offshore network and subsequently to the onshore Malaysia LNG plant in Bintulu, the company said. 

Separately, Sapura Energy Bhd, Malaysia’s largest oil and gas services company, said it won the contract from Mubadala Petroleum to undertake the engineering, procurement, construction, installation and commissioning works for the Pegaga gas field.

Sapura has won contracts worth nearly 3 billion ringgit ($765.11 million) so far this year, including the Pegaga gas field, it said in a statement on Wednesday.

Sapura had already announced contracts worth 905 million ringgit before Wednesday."

Pada 21 Mei 2018, nstp melaporkan seperti berikut :-

"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428943/kerajaan-bayar-hutang-1mdb-guan-eng

bhbiz@nstp.com.

PUTRAJAYA: Lim Guan Eng mendedahkan Kementerian Kewangan menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017 dan bukan program rasionalisasi syarikat berkenaan.

Bercakap kepada media selepas memulakan hari pertama tugas sebagai Menteri Kewangan hari ini, Guan Eng berkata jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM5.05 bilion.

"Perkara ini mengesahkan rasa curiga umum mengenai 1MDB yang selama ini mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah membayar hutang menerusi program rasionalisasi yang berjaya sedangkan Kementerian Kewangan yang selama ini menyelamatkan 1MDB.

"Lebih buruk, senarai pembayaran hutang terkini itu hanya membabitkan faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

"Itu belum lagi mengambil kira hutang berbilion ringgit yang akan matang bermula tahun 2022," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kerajaan juga perlu melunaskan bayaran faedah pinjaman 1MDB berjumlah RM143.75 juta pada 30 Mei ini.

Selain itu katanya, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan antara September hingga November ini.

"Saya dimaklumkan Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun ini. Beliau sehingga hari ini menegaskan yang 1MDB mampu membayar hutangnya.

"Sehubungan itu, saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda supaya memberi penjelasan sama ada 1MDB masih mampu membayar hutang yang akan berakhir minggu depan.


"Saya juga telah meminta untuk berjumpa dengan Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob bagi memberi penjelasan kepada kementerian mengenai situasi semasa dalam 1MDB," katanya.
"
Seperti ditunjuk dalam rajah diatas, umum memgetahui Mubadala Petroleum adalah anak syarikat kepada Mubadala Investment Company sebuah syarikat gabungan IPIC Dan Mubadala Development dimana pemgambungan telah berlaku pada 27 Januari, 2017.

Apakah kaitan syarikat pemiutang IPIC, sebagai salah satu entiti gabungan Mubadala investment dalam Lapangan/blok Gas SK320 Central Luconia Bintulu Sarawak dimana Mubadala Petroleum, sebagai anak syarikat kepada Mubadala investment yang mempunyai kepentingan 55%?

Kenapa kepentingan Mubadala Petroleum jauh lebih tinggi dari Carigali Sdn Bhd Dan Shell yang masing-masingnya mendapat 25% Dan 20%?

Apakah Lapangan minyak SK320 Bintulu sarawak itu termasuk dalam dan atau dalam sebahagian dari rationalisasi untuk melangsai tanggungan pinjaman pokok Dan faedah kepada IPIC oleh 1MDB?


Tuesday, 13 February 2018