Monday, 4 June 2018

HAK PENUH KEATAS MINYAK SARAWAK

HAK PENUH KEATAS MINYAK SARAWAK.

Undang2 darurat Emergency Essential Power (EEP) Order No 7 menghadkan perairan Sabah dan Sarawak (dari yang diistihar Order in Council 1954, kepada hanya 3 batu neutika.

PDA74, di kuatkuasakan pada 1/10/1974.

Dengannya Petronas di bentuk dan diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965.

Pada 26/3/1974, Tun Razak serah (vest) kuasa keatas minyak dikawasan perairan SS yang di istihar dalam EEP Order No 7.

Dengan itu semua mineral minyak yang terdapat luar dari 3 batu neutika perairan SS "DIMILIKI OLEH PETRONAS." kerana pengistiharaan yang dibuat semasa dan diatas EEP Order No 7 tidak boleh di bawa ke mahkamah.

Kemudian Perjanjian minyak telah di buat oleh Petronas dengan kerajaan negeri Sabah dan Sabah secara  erasingan.

Kerajaan Sabah Pada 14/6/1976 oleh Ketua menteri Sabah Datuk Harris Salleh dan Kerajaan Sarawak dalam 1975 oleh TKM Sarawak bagi pihak KM Tun Rahman Yaakub.

Manakala, antara perkara yang disebut dalam perjanjian itu adalah ;

"Perjanjian ini dibuat pada hari ke-14 Jun 1976 antara KERAJAAN Negeri Sabah (selepas ini dirujuk sebagai KERAJAAN Malaysia sebagai satu pihak dan Petroleum Nasional Bertad, sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 1965 yang mana pejabat berdaftarnya terletak di No .136, Jalan Pudu, Kuala Lumpur (Selepas ini dirujuk sebagai PETRONAS) dari bahagian lain.

Manakala

(1) Dengan Akta Pembangunan Petroleum, 1974, keseluruhan hak milik, dan hak eksklusif, kuasa, kebebasan dan keistimewaan meneroka, mengeksploitasi, memenangi dan mendapatkan petroleum sama ada terletak di pantai atau luar pesisir Malaysia terletak pada PETRONAS.

(2) Peletakhakan pemilikan, hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan, yang disebut sebelum ini telah berkuatkuasa menurut pelaksanaan instrumen bagi maksud itu, dan;

(3) KERAJAAN dan PETRONAS berhasrat memeterai suatu perjanjian menurut Seksyen 4 Akta yang disebut terdahulu berkenaan dengan pembayaran tunai yang dibuat oleh PETRONAS kepada KERAJAAN sebagai balasan bagi pemilikan, hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang disebut sebagai yang tersebut di atas menghormati petroleum;

DENGAN SEDEMIKIAN INI sebagai balasan bagi hak pemilikan, kuasa, kebebasan dan keistimewaan yang berkaitan dengan petroleum yang diberi hak oleh KERAJAAN, ITU ADA DENGAN INI DENGAN INI:

1. (1) PETRONAS hendaklah membuat pembayaran tunai KERAJAAN dalam bentuk jumlah tahunan yang bersamaan dengan 5% nilai petroleum yang dimenangi dan disimpan dari kawasan di Sabah dan dijual oleh PETRONAS atau agen atau kontraktornya semasa tempoh yang diperuntukkan dalam fasal 2.

(2) Nilai yang akan diguna pakai untuk tujuan sub-fasal 1 CLAUSE ini akan direalisasikan enam harga purata F.O.B bulanan yang diperolehi oleh PETRONAS atau agennya.

(3) Mana-mana Petroleum yang digunakan oleh PETRONAS, ejen-ejennya atau kontraktor untuk tujuan penggerudian dan pengeluaran pengeluaran hendaklah disifatkan sebagai dijual bagi maksud mengira pembayaran tunai di bawah Klausa ini.

2. Bayaran tunai yang dibayar di bawah perjanjian ini akan dibayar setiap setengah tahun. Bayaran berkenaan dengan petroleum yang dimenangi, disimpan dan dijual dalam tempoh separuh tahun pertama hendaklah dibuat pada atau sebelum hari pertama bulan September dan pembayaran berkenaan dengan petroleum yang dimenangi, disimpan, dan dibayar dalam tempoh separuh tahun kedua hendaklah dibuat pada atau sebelum hari pertama bulan Mac tahun berikutnya.

3. Adalah dipersetujui dan diisytiharkan bahawa bayaran tunai yang kena dibayar di bawah perjanjian ini hanya akan dibayar selama petroleum diperoleh dan tidak akan dibayar lagi jika petroleum berhenti mendapat mati atas apa-apa sebab atau sebab apa pun, yang mana tidak pembayaran melalui pampasan hendaklah dibayar untuk kehilangan pembayaran tunai yang sebaliknya akan dibayar di bawah perjanjian ini.

4. Lebih lanjut dipersetujui bahawa dengan mempertimbangkan premis di atas, PEMERINTAH ini dengan ini mengetepikan apa-apa hak royalti atau apa-apa bayaran lain yang kena dibayar menurut mana-mana pajakan minyak, lesen atau perjanjian di bawah Ordinan Tanah Sabah atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berhubungan dengan petroleum yang sedang berkuatkuasa di Sabah;

Dengan syarat bahawa fasal ini tidak terpakai di mana di bawah mana-mana perjanjian petroleum yang dibuat oleh KERAJAAN di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa yang berkaitan dengan petroleum petang hendaklah dibayar kepada NEGERI berkenaan dengan peruntukan operasi tempat tinggal dan premis pejabat dan apa-apa bangunan lain apa sahaja tanah dan dalam kes tersebut di mana perjanjian petroleum berhenti berkuatkuasa menurut peruntukan seksyen 9 Akta Pembangunan Petroleum, 1974, sewa itu hendaklah terus dibayar kepada kerajaan oleh PETRONAS atau ejen atau kontraktornya pada kadar yang yang dipersetujui bersama oleh pihak-pihak dalam perjanjian ini.

5. Dalam perjanjian ini perkataan "Petroleum" mempunyai arti yang diberikan kepadanya oleh Akta Pengembangan Petroleum 1974.

6. Nota-nota marginal adalah untuk kemudahan sahaja dan tidak menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.

7. Perjanjian ini hendaklah dinyatakan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Dalam hal keraguan, teks perjanjian dalam Bahasa Inggeris akan berlaku.

Di dalam kesaksian di mana pihak-pihak dengan ini telah menyebabkan Perjanjian ini dilaksanakan dengan lancar

Ditandatangani dimeteraikan dan dihantar untuk dan bagi pihak
daripada PEMERINTAH negeri Sabah oleh

Datuk Harris Bin Mohd. Salleh
Yang Mulia Ketua Menteri
Sabah di hadapan

Common Seal PETROLEUM NATIONAL BERHAD di sini ditempelkan di hadapan

Pengerusi

Setiausaha "

___________________________________

Komen : Perenggan 5 – Dengan sedemikian…. (##” KERAJAAN” mengikut perjanjian ini adalah keranaan negeri Sabah/Sarawak) Dan Kerajaan Sabah dan Sarawak adalah pemilik asal dan bukan dapat pemilikan berasaskan PDA74 melalui vesting.

Pada 23/11/2012 Najib istihar di Parlimen bahawa undang darurat yang dikuatkuasakan pada 15/5/1969 dibakalkan berkuakuasa 24/5/2012.

Maka dengan pembatalan undang2 darurat 15)5/1969 maka, perairan Sarawak seperti asal sebelum Perjanjian Malaysia kembali jadi hak milik Sarawak.

Walau bagaimana pun, tidak sampai satu(1) bulan dari pembatalan tersebut, satu akta baru yang memuatkan 7 seksyen di gubal dan dikuatkuasakan pada 22/6/2012 iaitu Territorial Sea Act 2012.

Dengan Akta itu, perairan Sarawak telah dikecilkan semula ke 3 batu neutika dan semua galian termasuk minyak diambil semuka oleh kerajaan peraekutuan.

Apakah TSA2012 itu mengikut lunas Perlembagaan oersekutuan dan MA63?


Akta 7 seksyen Territorial Sea Act 2012 telah dikuatkuasakan pada 22/6/2012.

Had Territori Laut
Seksyen 3.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta TDA2012, lebar wilayah laut Malaysia, untuk semua tujuan adalah 12 batu nautika

(2) Garis asas lebar wilayah laut daripada mana, disukat, untuk semua tujuan, ditentukan mengijut Seksyen 5 garis asas Maritime zone act 2006.

-------------------------------------------------------
Territorial Sea Act 2012 dilihat tidak seiring dan bercanggah dengan FEDERAL CONSTITUTION dimana;

Article 1. (3)  Subject  to  Clause  (4),  the  territories  of  each  of  the  States mentioned  in  Clause  (2)  are  the  territories  comprised  therein immediately  before  Malaysia  Day.

Article 2.  parliament  may  by  law—

(b)  alter  the  boundaries  of  any  State, but  a  law  altering  the  boundaries  of  a  State  shall  not  be  passed without  the  consent  of  that  State  (expressed  by  a  law  made  by the  Legislature  of  that  State)  and  of  the  Conference  of  Rulers.

Article 1. (3)  Subject  to  Clause  (4),  the  territories  of  each  of  the  States mentioned  in  Clause  (2)  are  the  territories  comprised  therein immediately  before  Malaysia  Day.

Article 2.  parliament  may  by  law—

(b)  alter  the  boundaries  of  any  State, but  a  law  altering  the  boundaries  of  a  State  shall  not  be  passed without  the  consent  of  that  State  (expressed  by  a  law  made  by the  Legislature  of  that  State)  and  of  the  Conference  of  Rulers.

Article 4.  (1)  this  Constitution  is  the  supreme  law  of  the  Federation and  any  law  passed  after  Merdeka  Day  which  is  inconsistent with  this  Constitution  shall,  to  the  extent  of  the  inconsistency, be  void.

-------------------------------------------------------

SARAWAK ORIGINAL TERRITORY
Sarawak territory before the signing of MA63 based on Order in Council 1954.

Ini berkaitan terus dengan PDA74 dimana vesting yang dibuat oleh Tun Razak pada 26/3/75 dibawah peeunyukan PDA74, sudah tidak boleh dikuatkuasa.

Pada masa perjanjian petoleum di tandatangani oleh kerajaan Sabah dan Sarawak,masing2nya pada 76/75, hak keatas minyak sudah di vest kepada petronas tetapi sebelum perjanjian dimeterai.

Ia boleh bermaksud;

(a) Hak sudah Milik Petronas dan baru kemudian perjanjian dimeterai untuk dapat hak milik. Maka perjanjian Petromeum itu sendirinya telh menidakkan hak pe.ilikan yang di serahkan(vest) oleh Tun Razak pada 26/3/1975

(b) Mendapat dan menyerah hak kepada petronas sebelum mendapat kebenaran kerajaan Sarawak.

Walaubagaimana pun Pindaan kepada Artikel 1(2) perlembagaan persekutuan dimana status Sabah dan Sarawak telah diturunkan dari staus rakan kongsi kepada negeri dibawah Persekutuan Tanah Melayu harus di selesaikan dahulu samada ianya dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan persekutuan atau tidak.

Untuk pinda Artikel 1(2) seperti yang dilakukan dalam 1976, Parlimen harus dapat persetujuan dari DUN Sabah dan Sarawak sebab  pada asalnya Sabah dan Sarawak adalah pihak2 kepada MA63  dan tidak sama status seperti negeri2 dibawah peesekutuan tanah Melayu.

Kesanya ialah jika ianya mengikut perlembagaan, maka TSA2012 yang dikuatkuasakan pada 22/6/2012 juga akan mengesahkan PDA74 untuk mengusai wilayah laut luar dari 3 batu nautika.

Sunday, 20 May 2018

KORELASI HARGA MINYAK MENTAH DUNIA BRENT DENGAN KADAR PERTUKARAN WANG ASING USD-MYR

Faktor premium Malaysia Crude oil until Mei 2018 pada USD3.80


Harga minyak mentah Brent 20-05-2017 hingga 20-05-2018



source: tradingeconomics.com



Kadar Pertukaran  wang asingUSD - MYR 20-05-2017 hingga 20-05-2018

source: tradingeconomics.com





 Gas Asli dari 20-05-2017 hingga 20-05-2018
source: tradingeconomics.com


Anggaran pengeluaran minyak dan gas Sarawak (oil equivalent) per Hari mengikut harga pasaran minyak mentah dunia Brent dengan Faktor premium Mei, 2018 (Mengikut harga Malaysia Crude Oil - MCO)

LIVE UPDATE MENGIKUT HARGA MINYAKMENTAH DUNIA BRENT + FAKTOR PREMIUM MCO  & TAPIS




Monday, 14 May 2018

SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK

SURAT TERBUKA KEPADA YAB KETUA MENTERI SARAWAK

14 Mei, 2018

Assalamualaikum,

YAB,  Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Haji Openg
Ketua Menteri Sarawak


PEMINDAHAN PEGAWAI KERAJAAN SARAWAK SEBELUM PRU14 DI SARAWAK

Perkara diatas adalah dirujuk.

Saya, Mohdar Bin Ismail, Ketua Cabang PKR Sibuti Dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR dengan ini merayu kepada kerajaan pentadbiran kerajaan negeri Sarawak untuk menimbang semula arahan pindah kerja bagi pegawai kerajaan yang dilakukan secara mendadak sebelum PRU14 9hb mei 2018.

Tidak ada asas yang kukuh untuk memindah pegawai-pegawai tertentu selain bermotifkan politik dan kepentingan orang-orang tertentu.

Pegawai kerajaan tidak seharusnya dijadikan mangsa kerana hanya atas desakan orang awam, ketua-ketua masyarakat dan lain-lainya yang mungkin dilihat sebagai tidak cenderung kepada kepentingan individu tertentu.

Contohnya, perkara sebegini telah berlaku di Parlimen P218Sibuti di mana Pegawai Daerah Sibuti telah diarah pindah kerja ke jabatan lain di Kuching sebaik sebelum PRU14.

Bukanlah niat saya untuk masuk campur urusan kerajaan negeri tetapi demi keadilan, pegawai-pegawai tidak harus di jadikan mangsa politik orang-orang tertentu.

Untuk memastikan keadilan,  perkara sebegini tidak harus di lakukan hanya atas kepentingan kelompok-kelompok dan individu-individu tertentu.

Oleh yang demikian saya merayu, agar YAB Ketua Menteri dapat menimbang agar pindah kerja pegawai kerajaan ini dikaji semula dan diletakkan ketempat asal mereka.

Memohon jasa baik serta budibicara YAB

Sekian

Terima kasih


Mohdar Ismail
KC PKR Sibuti, MPP PKR Pusat.

Thursday, 10 May 2018

Korelasi Harga minyak mentah dunia Brent Dan Nilai matawang Ringgit Malaysia

KORELASI HARGA MINYAK MENTAH DUNIA DENGAN NILAI RINGGIT MALAYSIA  UNTUK TEMPOH 1 TAHUN MENUNJUKKAN BAHAWA NILAI RINGGIT MALAYSIA DIPENGARUHI OLEH HARGA MINYAK BERBEZA DENGAN NEGARA BUKAN PENGRLUAR MINYAK SEPERTI SINGAPURA DIMANA ASAS EKONOMINYA BUKAN DARI SUMBER ASLI SEPERTI MINYAK.

APAKAH INI MENUNJUKKAN KEBERGANTUNGAN EKONOMI MALAYSIA KEPADA MINYAK? APA PERSEDIAN YANG BOLEH DILAKUKAN KEPADA KEBERGANTUNGAN INI? APA AKAN TERJADI SEKIRANYA SUMBER MINYAK MENTAH MENGURANG DAN HABIS APA AKAN BERLAKU DENGAN NILAI RINGGIT?




source: tradingeconomics.com5




source: tradingeconomics.com


Saturday, 31 March 2018

Barapa kalikah perkataan "Royalty dan atau Royalties" wujud dalam dokumen penting negera seperti yang tersenarai dalam rajah dibawah?

Barapa kalikah perkataan "Royalty dan atau Royalties" wujud dalam dokumen yang tersenarai dalam rajah di bawah?





Terdapat 14 kali namun ia nya tidak berkaitan dengan minyak & gas Sarawak kecualistuiaitu Perkara 112C 4(b) Perlembagaan Persutuan dimana ia menyatakan bahawa Parlimen Malaysia tidak boleh membuat undang-undang untuk mendidakkan Sarawak dan Sabah untuk mengenakan royalti.

Maka hak itu mestilah di gubal dalam undang-undang kerajaan negeri Sarawak. Sama ada peruntukan itu sudah wujud, saya tidak tahu dan jika ianya tidak ada maka Sarawak boleh mengenakan royalti keatas minyaknya dan lain-lain mineral yang di lombong walaupun kerajaan mengujudkan banyak perundangan seperti MMA, CSA, TSA untuk menidakkan hak Sarawak untuk mengenakannya namun peruntukan MA63  tidak membenarkannya. Tidak ada satu perkataan pun yang diubah dalam MA63 walau pun Perlembagaan Persekutuan sudah dipinda sebanyak hampir 600 kali termasuk yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri.


Ini jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang Royalti yang dibayar kepada kerajaan Sarawak sebagai pemilik pemilik  kerana selama ini kerajaan persekutuan menggangap apa yang dibayar kepada sarawak adalah pembayaran tunai menuruy Sek 4, Akta Pembangunan Petronas 1974, ia itu pembayaran untuk mendapatkan pemilikan, kuasa, keistemewaan keatas minyakminyak S.


Perkara ini bertentangan dengan Perlembagaan persekutuan.


Kembalikan saja hak minyak Sarawak dan Sarawak sebagai pemilik minyak sendiri akan menentukan kadar royalti yang harus dibayar oleh pemegang konsesi minyak/gas. 

Penentuan kadar royalti adalah hak pemilik minyak bukan pihak pemegang konsessi.


Kenapa harus ianya dijadikan tawaran baru kalau tawaran lama pun tidak diperbetulkan dan belum ditunai.

Tawaran baru hanya akan tambah kemudaratkan  yang sedia ada. 


Perbetulkan perkara yang tidak mengikut petlembagaan selama 43 tahun berkenaan hak minyak Sarawaki dengan mengembalikan hak minyak Sarawak, tidak lebih dan tidak kurang seperti yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia (MA63) dan mengikut lunas perlembagaan Persekutuan. Inilah masaalah utamanya.

Dont fix it if it is not broken.  After all, the main reason for discontentment amongst Sarawak  and Sabahan  is the failure to comply and adhere with what was agreed in MA63.


New offer that is not constitutional and not in accordance with MA63 will further aggravate the existing problem.  

PERDANA MENTERI MALAYSIA DS NAJIB DAN PETRONAS HARUS MENJELAS KEPADA RAKYAT SARAWAK KEPENTINGAN PROJEK DI TELAGA GAS SK320 CENTRAL LUCONIA BINTULU

PERDANA MENTERI MALAYSIA  DS NAJIB DAN PETRONAS HARUS MENJELAS KEPADA RAKYAT SARAWAK KEPENTINGAN PROJEK DI TELAGA GAS SK320 CENTRAL LUCONIA  BINTULU

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas harus menjelaskan secara terperinci pihak yang melabur di blok Gas SK320 Pegaga, Central Luconia Sarawak.

Mengikut laporan Reuters pada March 21, 2018,  bahawa Mubadala adalah operator untuk  block SK320 dengan kepentingan sebanyak 55 peratus, manakala Petronas Carigali memegang kepentingan sebanyak 25 peratus dan  and Sarawak Shell punya kepentingan 20 peratus.

Perkara berikut harus dijelaskan oleh Perdana menteri Malaysia dan Petronas sebagai pelaksana dasar minyak Malaysia.

1.  Kenapa kepentingan Petronas melalui anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd
jauh lebih kecil  berbanding kepentingan syarikat luar?

2. Kenapa kepentingan negeri
Sarawak dalam projek tersebut tidak di peruntukan?

3. Mengikut laporan yang sama, Mubadala Petroleum (MP) adalah milik penuh Mubadala Investment Company (MIC) sebuah syarikat "Abu Dhabi-based state fund".  









Pada 21 Januari, 2017 Presiden dan pemerintah Abu Dhabi telah mengeluarkan perintah (perundangan) untuk mengujudkan Mubadala Investment company (MIC) yang dikatakan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Abu Dhabi yang terdiri dari International Petroleum Company (IPIC) dan Mubadala Development Company (MDC)dan syarikat yang sama juga telah melabur sebanyak US4Billion dalam membangun kilang aluminum yang merupakan sebahagian dari  Projek SCORE di Sarawak.

Anak syarikat Mubadala Investment company (MIC),  Mubadala Oil& Gas, Mubadala Petroleum (MP) telah menandatangani perjanjian membangun dan pengeluaran dengan PETRONAS (syarikat GOC kerajaan Malaysia) 


Soalan : Apakah wujud kepentingan langsung atau tidak langsung rakyat Malaysia dalam Pelaburan yang dibuat oleh MIC atau mana-mana anak syarikat nya dalam Mubadala Petroleum (MP)?  Jika tidak, kenapa kepentingan yang di miliki oleh MIC dan atau anak syarikatnya begitu tinggi dalam pembangunan dan pengeluaran di kawasan minyak SK320 Sarawak?

Perkara diatas berkaitan dengan kepentingan Negara dan kepentingan Negeri Sarawak  (Sarawak sebagai pemilik kawasan minyak SK320),  DS Najib harus memberi penjelasan  yang jelas kepada rakyat mengenai persoalan yang dikemukakan diatas.

Merujuk kepada Territotial Sea Act 2012, Petroleum Development Act 1974, Perkara 8(j) Jadual Sembilan Federal List dan Perkara 2(c) Jadual Sembilan State List dalam Perlembagaan Persekutuan,  Perkara 4, Perlembagaan Persekutuan menjelaskan bahawa  Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi federasi dan mana-mana undang-undang yang di luluskan selepas hari merdeka (Penubuhan Malaysia), yang tidak selari dengan perlembagaan, ketahap ketidak selarian nya,  adalah tidak sah.

     

Pada March 21, 2018 : 1:57 PM Reuters melaporkan

"Mubadala Petroleum, Petronas and Royal Dutch Shell will spend more than $1 billion to develop Malaysia’s Pegaga gas field, aiming to produce gas by the third quarter of 2021, Abu Dhabi-based Mubadala said on Wednesday.


The project in Block SK320, located in the Central Luconia province, offshore the East Malaysian state of Sarawak, will now proceed to the construction and installation stage, the company said in a statement.

Mubadala is the operator of the block with a 55 percent share while Petronas Carigali holds a 25 percent interest and Sarawak Shell holds 20 percent. 

The Pegaga gas field would be the first development in Malaysia for Mubadala Petroleum, which is fully owned by Abu Dhabi-based state fund Mubadala Investment Company that holds assets worth over $125 billion.

The company plans to build an Integrated Central Processing Platform (ICPP) consisting of an eight-legged jacket designed for natural gas throughput of 550 million cubic feet per day plus condensate to be located in water depths of about 108 meters (354 feet), Mubadala said.
The output will be sent through a new 38-inch subsea pipeline tying in to an existing offshore network and subsequently to the onshore Malaysia LNG plant in Bintulu, the company said. 

Separately, Sapura Energy Bhd, Malaysia’s largest oil and gas services company, said it won the contract from Mubadala Petroleum to undertake the engineering, procurement, construction, installation and commissioning works for the Pegaga gas field.

Sapura has won contracts worth nearly 3 billion ringgit ($765.11 million) so far this year, including the Pegaga gas field, it said in a statement on Wednesday.

Sapura had already announced contracts worth 905 million ringgit before Wednesday."

Pada 21 Mei 2018, nstp melaporkan seperti berikut :-

"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/428943/kerajaan-bayar-hutang-1mdb-guan-eng

bhbiz@nstp.com.

PUTRAJAYA: Lim Guan Eng mendedahkan Kementerian Kewangan menanggung pembayaran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM6.98 bilion sejak April 2017 dan bukan program rasionalisasi syarikat berkenaan.

Bercakap kepada media selepas memulakan hari pertama tugas sebagai Menteri Kewangan hari ini, Guan Eng berkata jumlah berkenaan adalah termasuk pembayaran untuk perjanjian penyelesaian dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) berjumlah RM5.05 bilion.

"Perkara ini mengesahkan rasa curiga umum mengenai 1MDB yang selama ini mengaburi rakyat dengan mendakwa mereka telah membayar hutang menerusi program rasionalisasi yang berjaya sedangkan Kementerian Kewangan yang selama ini menyelamatkan 1MDB.

"Lebih buruk, senarai pembayaran hutang terkini itu hanya membabitkan faedah, bayaran kupon dan pendahuluan daripada IPIC.

"Itu belum lagi mengambil kira hutang berbilion ringgit yang akan matang bermula tahun 2022," katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Siti Zauyah Mohd Desa.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, kerajaan juga perlu melunaskan bayaran faedah pinjaman 1MDB berjumlah RM143.75 juta pada 30 Mei ini.

Selain itu katanya, 1MDB juga perlu menyelesaikan faedah pinjaman berjumlah RM810.21 juta bagi bulan antara September hingga November ini.

"Saya dimaklumkan Arul Kanda masih kekal sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB sehingga 30 Jun ini. Beliau sehingga hari ini menegaskan yang 1MDB mampu membayar hutangnya.

"Sehubungan itu, saya telah memberi arahan kepada Arul Kanda supaya memberi penjelasan sama ada 1MDB masih mampu membayar hutang yang akan berakhir minggu depan.


"Saya juga telah meminta untuk berjumpa dengan Pengarah 1MDB, Datuk Kamal Mohd Ali dan Datuk Norazman Ayob bagi memberi penjelasan kepada kementerian mengenai situasi semasa dalam 1MDB," katanya.
"
Seperti ditunjuk dalam rajah diatas, umum memgetahui Mubadala Petroleum adalah anak syarikat kepada Mubadala Investment Company sebuah syarikat gabungan IPIC Dan Mubadala Development dimana pemgambungan telah berlaku pada 27 Januari, 2017.

Apakah kaitan syarikat pemiutang IPIC, sebagai salah satu entiti gabungan Mubadala investment dalam Lapangan/blok Gas SK320 Central Luconia Bintulu Sarawak dimana Mubadala Petroleum, sebagai anak syarikat kepada Mubadala investment yang mempunyai kepentingan 55%?

Kenapa kepentingan Mubadala Petroleum jauh lebih tinggi dari Carigali Sdn Bhd Dan Shell yang masing-masingnya mendapat 25% Dan 20%?

Apakah Lapangan minyak SK320 Bintulu sarawak itu termasuk dalam dan atau dalam sebahagian dari rationalisasi untuk melangsai tanggungan pinjaman pokok Dan faedah kepada IPIC oleh 1MDB?