Sunday, 8 January 2012

SAYANG SARAWAK .....BETUL KE SAYANG!!!


Konon nak kekal pemimpin melayu, melayu sendiri yg melangus. Konon berbangga dgn kuasa melayu, melayu juga yg tanggung derita, miskin, daif dan lebih teruk mengotorkan nama Melayu kerana mengamalkan amalan rasuah.. Orang Melayu masih kuat berpegang dengan kuasa Melayu walaupun dalam masa yang sama ramai dari mereka yang hidup melarat dan menderita

Rosak seluruh nama melayu kerana  sikap tamak pemimpin melayu itu sendiri.

Apakah yang di banggasangat kalau kekayaan yang dikaut iatu kerana semata-mata ada kuasa politik?. Kuasa politik adalah amanah yang telah dipinjam rakyat berbilang kaum negeri Sarawak. 

Lain lah kalau kekayaan yang melimpah ruah itu diperolehi dari hasil penat lelah dan usaha yang tidak ada kaitan dengan kuasa politik yang diamanahkan itu.!!

Dari gaya hidup telah mencerminkan bahawa pemimpin ini tidak ada ciri-ciri yang menampakkan bahawa dianya punya minat untuk membangunkan negeri dan rakyat yang telah lama ditahap ekonomi yang amat remdah. Kemana perginya patriotisma mahu membangun Negeri Sarawak dan rakyat-rakyat nya.

Sarawak hanya tempat untuk mengaut kekayaan dan hasil itu di bawa keluar negeri dan menafaat kekayaan itu juga mengalir keluar negeri.

Kenapa Luar Negeri? Adakah Sarawak ini bukan tempat yang selesa dan seronok untuk didiami, pada hal segalanya adalah di tangan sendiri yang menentukannya selama 3 tahun lamanya.

Kalau itu bukan jawabnya, mungkin kah Sarawak ini tidak ada dihati pemimpin itu sendiri dan ini terbukti dengan Isteri pertama dan kedua adalah dari warga impot. Seolah orang Malaysia dan Sarawak lhas nya tak ada "Standard" dan tidak sekufu dengan kedudukan nya. Begitu juga dengan anak - anak yang bersuami/Isteri warga impot juga.. 

Patriotisma hanya untuk tonjolan semata-mata untuk membolot harta kekayaan negeri sarawak.

Harta berbilion letak luar negeri. Kabarnya ada juga yang berwarga luar negeri. Jijik sangat kah sarawak ini. Kalau iapun tak malukah nak kaut hasilnya untuk beberapa kerat dalam keluarga dan kroni.

No comments:

Post a Comment