Sunday, 15 January 2012

SEBELAS (11) ORANG PEMBELI RUMAH KEDAI SATU(1) TINGKAT, DI JALAN MELAYU MIRI, SARAWAK, MELALUI SEDC SARAWAK MASIH BELUM DAPAT TUNTUT HAK MILIK


Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak  di saran segera selesai masaalah sebelas (11) orang pembeli kedai SEDC, yang terletak di Jalan Melayu Miri, Sarawak yang telah menduduki rumah kedai setingkat sejak puluhan tahun dahulu yang belum lagi mendapat Hak Milik rumah kedai tersebut walau pun syarat pembelian telah lama di penuhi oleh mereka (pembeli).


Menurut sumber yang di percayai, pihak SEDC di syaki gagal menyelesaikan urusan berhubung status tapak tanah dengan pihak Jabatan Tanah & Survei Sarawak bahagian Miri walaupun surat tawaran telah dikeluarkan untuk di selesaikan syaratnya.

No comments:

Post a Comment