Untuk mengaitkan hak mengundi dengan percukaian bagi seseorang warga Malaysia yang berada di luar negara akan merumitkan lagi keadaan.
EC seharus meluaskan takrif "Absent Voters" atau hapuskan sekatan ini sama sekali supaya setiap warga negara malaysia dimana sahaja berada diluar negara berhak mengundi dengan bantuan/dikendalikan oleh badan-badan antarabangsa.
Apakah maksud cadangan EC bila mengatakan rakyat malaysia di luar negara yang membayar cukai sahaja yang boleh mengundi?
1) Adakah pembayar cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967
atau
2) Cadangan undang-undang /pindaan baru yang akan mengenakan cukai kepada pengundi warga Malaysia di luar negara yang hendak membuang undi di luar negara. Ini agak janggal sekali.?
Untuk mengaitkan syarat mengundi dengan Akta Cukai 1967 akan merumit kan lagi keadaan kerana Akta Cukai Pendapat 1967 mempunyai set yang sangat spesifik dalam mengenakan cukai bagi seseorang yang berada diluar negera untuk pendapatan yang di terimanya.
ACP67 menyatakan bahawa pendapatan dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia oleh seseorang yang bermastautin di Malaysia (bermastautin di Malaysia Mengikut takrif Seksyen 7 ACP1967) adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan (Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2004).
Skop percukaian bukan semata-mata menimbangkan soal tahap pendapatan sahaja malah mengambil kira samada seseorang yang berada diluar negera itu di gaji oleh majikan Luar Negara atau majikan luar negara yang mempunyai ibupejabat atau pergurusan dikawal dari Malaysia.
Kalau 'tidak membayar cukai' sebagai alasan untuk menidak atau membenar hak mengundi sudah tentu ianya tidak memberi keadilan kerana seseorang yang berada di luarnegera juga boleh memberi sumbangan besar kepada negara ini kerana mambantau membawa aliran dana masuk ke negara ini.
Selain itu seseorang yang tidak membayar cukai itu bukan bererti seseorang itu tidak ada pengenaan cukai keatasnya. - dikenakan cukai tapi belum membayar cukai boleh dianggap sebagai "tidak membayar cukai" atau "belum membayar cukai" dan dinafikan hak mengundi.
Oleh itu menentukan samada seseorang rakyat Malaysia yang berada diluar negera itu berasaskan atau dengan mengaitkan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah tidak wajar dan akan merumitkan dan mengelirukan lagi kerana Akta cukai Pendapatan Malaysia mempunyai kriteria yang amat kompleks dalam menentukan pengenaan cukai seseorang rakyat malaysia yang berada di luar negara.
Dalam menentu seseorang itu layak mendapat BR1M, LHDN akan menentukan berasaskan rekod dan maklumat yang diperolehinya dan ini tidak bererti seseorang itu betul-betul sah layak atau tidak layak. dan sekiranya EC menggunakan atau merujuk kepada LHDN untuk menentukan kelayakan menggundi seseorang warga Malaysia yang berada di luar negara itu sah atau tidak boleh menjadikan masaalah besar dalam penjumlahan undi dan boleh berakhir di mahkamah.
Mohdar Hj Ismail
No comments:
Post a Comment