Thursday, 10 May 2012

DEWAN NEGARA HARI INI (10/5/2012) MENERIMA PENARIKAN BALIK RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN PILIHAN RAYA (PINDAAN) 2012.



Dewan Negara hari ini , 10 Mei, 2012 menerima penarikan balik Rang Undang-Undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 yang telah dilulus oleh Dewan Rakyat  pada  19 April,  yang lepas.

Menurut peraturan mesyuarat 61, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong,  mohon memaklumkan untuk menarik balik Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 sebagaimana yang dijadualkan dalam aturan urusan mesyuarat hari ini, Nazri Aziz mengumumkan penarikan balik cadangan pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 selepas mengambil kira maklum balas dan bantahan dari pelbagai pihak terhadap rang undang-undang tersebut dan keputusan tersebut mendapat persetujuan dari pihak pembangkang dan SPR.


Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 itu diluluskan secara tergesa-gesa pada 19 April lalu iaitu hari terakhir persidangan Parlimen untuk kali kelima bagi penggal ke-12.



Pindaan yang diluluskan pada hari itu  ialah seperti yang terkandandung didalam cabutan dibawah :

“...........................RANG UNDANG-UNDANG
RANG UNDANG-UNDANG KESALAHAN PILIHAN RAYA (PINDAAN) 2012
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

"Tuan Yang di-Pertua, SPR mencadangkan seksyen 2, Akta 5 dipinda dengan memasukkan tariftarif yang berikut, sebelum pilihan raya berhubung  dengan sesuatu pilihan raya ertinya tempoh yang bermula daripada tarikh pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau dari tarikh dipastikan oleh Suruhanjaya Pilihan raya bahawa terdapat kekosongan dijangka di kalangan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri bagi suatu bahagian pilihan raya sehingga tarikh sebaik sehingga tarikh sebaik sebelum tarikh pilihan raya dikeluarkan. 

Selepas pilihan raya berhubung dengan sesuatu pilihan raya, ertinya tempoh yang bermula daripada tarikh pegawai pengurus mengisytiharkan calon yang mendapat bilangan undi yang terbanyak sebagai telah dipilih akan berakhir 30 hari dari tarikh itu. Semasa pilihan raya, berhubung dengan sesuatu pilihan raya ertinya tempoh yang bermula daripada tarikh writ pilihan raya dikeluarkan sehingga tarikh pegawai pengurus mengisytiharkan calon yang mendapat bilangan undi terbanyak sebagai telah dipilih. Justifikasinya kerana peruntukan asal tidak mengandungi tafsiran kepada perkataan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya. Ketiadaan tafsiran yang sedemikian ini menyebabkan berbagai-bagai tafsiran dibuat dan boleh mengelirukan.

Tuan Yang di-Pertua, SPR mencadangkan seksyen 4, Akta 5 dipinda dalam perenggan (e) dan (f) dengan menggantikan perkataan “dibuang” dengan perkataan “ditandakan”. Rasional perkataan, “dibuang” digantikan dengan perkataan “ditandakan” kerana perkataan dibuang itu boleh membawa tafsiran yang negatif bagi maksud sesuatu pilihan raya.
 
Tuan Yang di-Pertua, SPR juga mencadangkan seksyen 11 Akta 5 dipinda dengan memotong perenggan (1)(c), justifikasi cadangan Perenggan 11(1)(c) Akta 5 dipotong kerana kesukaran menguatkuasakan peruntukan itu dan kehendak di bawah perenggan itu tidak lagi praktikal untuk dikenakan kepada tiap-tiap orang yang terlibat dengan pilihan raya. Walaupun perenggan 11(1)(c) Akta 5, mana-mana pihak yang berkempen dengan niat mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan masih lagi boleh didakwa di bawah seksyen 4(a), Akta 5. 

DR 19.4.2012  5

Tuan Yang di-Pertua, SPR turut mencadangkan subseksyen 14(1), Akta 5 dipinda kerana peruntukan sedia ada menjadikan mandatori bagi seseorang agen pilihan raya seseorang calon untuk melantik agen di tempat mengundi atau ejen mengira. Oleh hal yang demikian SPR mencadangkan subseksyen 14(1), akta dipinda bagi menghapuskan kehendak mandatori bagi mana-mana agen pilihan raya untuk melantik ejen di tempat mengundi atau agen mengira. Oleh itu perkataan “boleh” subseksyen 14(1) dicadangkan untuk menggantikan perkataan “hendaklah”.

Walau bagaimanapun jika agen pilihan raya telah melantik ejen tempat mengundi atau agen mengira, maka peruntukan sedia ada di perenggan 14(1)(d), Akta 5 dan subseksyen 14(1A) yang dicadangkan hendaklah dipatuhi.
SPR juga mencadangkan perkataan “Bilik Jawatankuasa” di bawah Perenggan 14(1)(b), Akta 5 digantikan dengan perkataan “Pejabat Parti Politik”. Rasional ini dibuat kerana penggunaan perkataan “Pejabat Parti Politik” lebih memudahkan rujukan dibuat kepada mana-mana  parti yang membuka pejabatnya semasa tempoh berkempen dan hari pengundian.

SPR juga mencadangkan pindaan kepada subseksyen 14(1A), Akta 5 bagi memberikan kuasa kepada SPR untuk menetapkan apa-apa tempoh seseorang agen mengira hendaklah bertugas bagi mengelakkan kesesakan di tempat mengundi.

Tuan Yang di-Pertua, seterusnya SPR mencadangkan seksyen 24A, Akta 5 dipinda dengan menggantikan subseksyen 24A(2), dan subseksyen yang berikut., “(2), tiada seorang pun boleh pada hari atau hari-hari penamaan menunggu atau berdiri-diri  dalam jarak 100 meter atau apa-apa jarak yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dari sempadan mana-mana tempat penamaan calon kecuali dengan kebenaran Suruhanjaya Pilihan Raya”. Pindaan ini dicadangkan bagi mengelakkan kesukaran berhubung dengan kehendak jarak 50 meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana pusat penamaan yang tidak mempunyai kawasan yang luas, jarak 100 meter atau apa-apa jarak yang boleh ditentukan oleh SPR yang dicadangkan akan memberikan lebih fleksibiliti kepada SPR.

Dengan pindaan yang dicadangkan itu juga membolehkan SPR menetapkan jarak kurang daripada 100 meter mengikut kesesuaian.

Tuan Yang di-Pertua, SPR mencadangkan seksyen 24B, Akta 5 dipinda bagi menyatakan syarat pembukaan penubuhan dan penyelenggaraan sesebuah pejabat parti semasa tempoh berkempen adalah tertakluk kepada subseksyen 24B(2A). Justifikasi subseksyen baru 24B(2A) dimasukkan ke dalam  Akta 5 bagi menyatakan syarat bahawa mana-mana pejabat yang dibuka, ditubuhkan atau diselenggarakan di bawah subseksyen 24B(2A) semasa  tempoh berkempen hanya dibenarkan untuk dibuka, ditubuhkan atau diselenggarakan dalam jarak tidak kurang daripada 100 meter daripada manamana pusat mengundi.

Ini bagi memastikan bahawa tiada lagi pejabat parti yang dibuka terlalu dekat dengan pusat mengundi dan bagi menghalang sebarang kegiatan berkempen semasa hari pengundian kerana pejabat parti yang dibuka semasa tempoh berkempen turut dibenarkan untuk dibuka semasa hari pengundian. Manakala subseksyen 24B(2B) yang baru dimasukkan ke dalam Akta 5 ialah untuk mengadakan peruntukan penalti bagi mana-mana orang yang melanggar subseksyen baru 24B(2A).

■1020

Ini bermakna mana-mana calon yang melanggar seksyen 24B(2A) dan jika calon itu didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara satu tahun atau didenda RM2,000 dan lebih, maka dia boleh hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri. 

DR 19.4.2012  6 Subseksyen baru 24B(2C) pula dimasukkan ke dalam Akta 5 bagi menyatakan bahawa kesalahan di bawah subseksyen 24B(2A) merupakan suatu kesalahan boleh ditangkap di bawah Kanun Tatacara Jenayah.
Pindaan turut dicadangkan di subseksyen (7) bagi mengelakkan kesukaran berhubung dengan kehendak jarak 50 meter yang sedia ada dari sempadan mana-mana pusat mengundi yang tidak mempunyai kawasan yang luas. Jarak 100 meter atau apa-apa jarak yang ditentukan oleh SPR yang dicadangkan memberi lebih fleksibiliti kepada SPR.  Dengan pindaan yang dicadangkan itu juga membolehkan SPR menetapkan jarak kurang daripada 100 meter mengikut keadaan. 

Di samping itu, perkataan ‘tempat mengundi’ digantikan dengan perkataan ‘pusat mengundi’ selaras dengan maksud yang diperuntukkan bagi perkataan itu di dalam seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958.

Tuan Yang di-Pertua, SPR selanjutnya mencadangkan seksyen 26 akta ibu dipinda bagi memastikan apa-apa pejabat parti politik yang dibuka di bawah subseksyen 24B(2), Akta 5 telah terlebih dahulu mematuhi kehendak di subseksyen 24B(2A) yang dicadangkan. 

Selain itu, sub perenggan sedia ada 26(1)(e)(i), (ii), (iii) dan (iv) di nombor semula sebagai perenggan 26(1)(e), (ea), (eb) dan (ec) bagi memudahkan pembacaan dan mencapai maksud pindaan.

Tuan Yang di-Pertua, SPR seterusnya mencadangkan dalam perenggan (1)(ec) yang dinomborkan semula itu dipinda bagi maksud hanya membenarkan mana-mana orang iaitu pengundi yang menunggu atau berdiri dalam jarak 100 meter dari sempadan mana-mana tempat pengundi dan berhasrat untuk mengundi boleh dibenarkan masuk ke tempat mengundi seterusnya mengelakkan manamana orang yang tidak berkenaan untuk berkumpul selain daripada masuk mengundi. Tujuan cadangan pindaan ini untuk mengelakkan mana-mana orang yang tidak berkenaan untuk berkumpul di luar pusat mengundi kecuali untuk tujuan mengundi.

Di samping itu, perkataan ‘tempat’ digantikan dengan perkataan “pusat” selaras dengan maksud yang peruntukan bagi perkataan itu di dalam seksyen 2 Akta Pilihan Raya 1958 dan perkataan “membuang undi” digantikan dengan perkataan “mengundi” kerana perkataan ‘membuang undi’ boleh membawa maksud tafsiran yang negatif bagi maksud sesuatu pilihan raya dan bagi mengelakkan ia di manipulasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Tuan Yang di-Pertua, pindaan seterusnya dicadangkan pada subseksyen 26(1)(g) bertujuan untuk menjadikan suatu kesalahan di bawah perenggan 26(1)(g) jika mana-mana orang yang dalam jarak 100 meter dari sempadan mana-mana pusat mengundi atau dalam tempat mengundi memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya tercatat atau tertera nama calon atau nama lambang atau simbol manamana parti politik.

Tuan Yang di-Pertua, SPR mencadangkan subseksyen 26A(2) dan (3) Akta 5 dipotong kerana pelantikan pemerhati barung bagi pihak calon-calon  yang bertanding sering mengganggu petugaspetugas SPR di barung kerana mereka sering kali mencampuri urusan SPR. Cadangan pemotongan  subseksyen ini tidak menjejaskan mana-mana pihak kerana subseksyen 14(1) Akta 5 membenarkan ejen pilihan raya seseorang calon membuat pelantikan ejen-ejennya di tempat mengundi.

DR 19.4.2012  7

Tuan Yang di-Pertua, SPR mencadangkan seksyen 27D Akta 5 dipinda bagi menggantikan peruntukan asal di dalam seksyen ini yang hanya menyebut fungsi pasukan penguat kuasa dalam bahagian pilihan raya Parlimen sahaja. Cadangan pindaan ini akan melibatkan kedua-dua bahagian pilihan raya, Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), yang seterusnya memperjelaskan kuasa dan kawasan kawalan bagi setiap pasukan penguat kuasa yang ditubuhkan itu.

Tuan Yang di-Pertua, SPR seterusnya mencadangkan seksyen 30A akta ibu dipinda dengan memperuntukkan lebih masa bagi mana-mana calon atau ejennya untuk membuat permohonan maaf atas kegagalan memfailkan penyata belanja pilihan raya.
Tuan Yang di-Pertua, pindaan pada Jadual Pertama merujuk pada Borang ‘A’ iaitu Borang Sumpah Kerahsiaan yang diperuntukkan bagi menjamin  kerahsiaan proses pilihan raya yang dilaksanakan. SPR mencadangkan Jadual Pertama pada akta ibu dipinda dalam Borang ‘A’ dalam ruang tandatangan bertujuan untuk menambah individu yang  di hadapannya boleh diangkat sumpah kerahsiaan.

Justeru, pindaan yang dicadangkan ialah dengan menggantikan perkataan sedia ada dengan perkataan, “Pengerusi, Timbalan Pengerusi atau Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya”, “Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya”, “Pegawai Pilihan Raya Negeri” “Pegawai Yang Hak”, “Hakim Mahkamah Sesyen”, “Majistret”, “Jaksa Pendamai”, “Pesuruhjaya Sumpah”.

Tuan Yang di-Pertua, dengan itu, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Menteri Kerja Raya [Dato’ Yong Khoon Seng]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong…..................…” 



Persoalan yang masih kekal menjadi tanda Tanya sekarang ialah ;


1.       Kenapa BN tidak berusaha menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat sejauh mana bersihnya daftar pemilih.SPR?


2.       Kenapa BN tidak  berusaha menubuhkan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan-tuntutan Bersih?.


3.       Kenapa BN tidak berani meletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah pengawasan Parlimen melalui satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk tujuan itu.?


4.       Kenapa BN tidak meminta Pengerusi dan Timbalan Pengurusi SPR meletak jawatan.?


5.       Kenapa BN tidak bersetuju dengan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih)?. 

No comments:

Post a Comment