Sunday, 18 January 2015

OPERATOR STESEN MINYAK KERUGIAN SETIAP KALI HARGA MINYAK TURUN

Cara terbaik untuk menyokong peniaga stesen minyak adalah untuk membolehkan mereka beroperasi secara “consignment-stock basis “ daripada harus membeli minyak/bahan api terlebih dahulu.

Petrol Dealers Association of Malaysian (PDAM) tidak menghadiri mesyuarat berhubung harga minyak yang dipengerusikan oleh Menteri KPDNKK Datuk Hasan Malek Jumaat lepas, kerana ia tidak akan membantu menyelesaikan masalah mereka.


Gambar Hiasan (a)


Menurut agenda pertemuan itu, salah satu topik yang mereka akan bincang adalah berkenaan kerugian yang dialami oleh peniaga petrol semenjak Putrajaya kuatkuasakan APM (Automatic Price Mechanism)

Presiden PDAM berkata beliau telah bercakap kepada Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri sejak dua tahun lalu mengenai masalah mereka namun demikian belum apa-apa yang telah dilakukan terhadap masaalah yang berkaitan.

Menurut Presiden PDAM, stesen minyak serta-merta akan mengalami kerugian sebanyak RM20,000 Hingga RM100,000 setiap kali harga bahan api yang lebih rendah diumumkan.

Ini adalah kerana mereka telah membeli minyak daripada syarikat pembekal minyak csecara tunai (pendahuluan) pada harga yang lebih tinggi.

Beliau juga memberitahu bahawa cara terbaik adalah beroperasi “on a consignment stock basis, di mana mereka hanya membayar syarikat pembekal minyak berdasarkan kepada kuantiti yang mereka jual.

Dengan pelaksanaan sistem berasaskan consignment stock basis, peniaga petrol tidak perlu membayar wang pendahuluan kepada syarikat pembekal minyak untuk mendapatkan stok minyak. Sebaliknya, mereka mengumpul komisen pada jumlah yang mereka telah dijual.

Sistem semasa yang dipraktikkan bagaimanapun, memaksa peniaga petrol untuk membeli cara “Prepaid” untuk stok minyak, sebagaimana yang ditentukan oleh syarikat pembekal minyak dan itu mendedahkan dealer kepada risiko kewangan sekiranya harga minyak turun.

Dalam artikel sebelum ini juga telah diterangkan bagai mana Syarikat pembekal minyak kepada stesen minyak sudah mengenakan atau mengecaj komisen yang diterima oleh stesyen minyak saat invois bekalan dicetak, pembayaran dilakukan sebelum minyak dipam kedalamtangki storan stesyen minyak.

Namun komisyen seperti yang dipersetujui diperolehi oleh peniaga minyak tidak serupa atau sama nilainya dengan apa yang dicaj atau dikenakan oleh syarikat pembekan binyak atas sebab-sebab seperti (a) harga minyak turun dan (b) tumpahan (d) Pengluapan  dan sebagainya.



Gambar Hiasan (b)

Selagi system yang ada sekarang masih dikuatkuasakan selagi itulah pihak peniaga minyak  distesen minyak akan mengalami kerugian komisen TIDAK SEPERTI apa yang mereka harus terima ia itu komisyen berasaskan unit liter yang mereka jual.





Minyak dibayar tunai oleh pengusaha stesen minyak sebelum mereka menjual minyak kepada pengguna dan hak milik telah jatuh kepada mereka saat minyak dibayar dan dipindah ke tangki storan stesen namun demikian mereka tidak punya hak menentukan harga jualan minyak selain harga jualan yang ditetapkan oleh kerajaan walaupun mereka terpaksa menjual dibawah harga tiap liter yang mereka harus perolehi mengikut perjanjian.




Dalam kata lain, komisen yang dicatit telah didibayar oleh syarikat pembekal minyak dalam invoisnya jauh lebih besar dari komisen yang sebenarnya dipungut atau diterima oleh peniaga di stesen minyak.

Peniaga petrol kecil di kawasan luar bandar adalah yang paling terdedah dengan risiko kerugian dan boleh memaksa menutup operasi dan akan menyulitkan pengguna. 


No comments:

Post a Comment