Wednesday, 14 January 2015

KESAN TURUN DAN NAIKNYA HARGA MINYAK KEPADA PENGUSAHA STESEN MINYAK






Contoh : Rujuk Rajah diatas :

Pembekal dan wakil pengedar minyak (Pengusaha stesen minyak yang mengedar RON dan disel), mendapat komisen jualan berdasarkan kuantiti (liter) jualan.

Sebagai contoh komisen sebanyak RM0.154 bagi setiap liter bahan yang di jual.

Komisen ditetapkan mengikut kuantiti (liter ) dan bukan komisen keatas nilai ringgit jualan.

Sekiranya kos belian bagi setiap liter naik ( Graph - Bar Kedua) maka pulangan keatas setiap RM1.00 yang dilabur turun dari RM0.0877 ke RM0.0791

Di sebaliknya akan berlaku sekira kos belian minyak turun - (Graph - Bar Ketiga). Keuntungan ketas setiap satu ringgit yang dilabur keatas kos belian minyak akan naik dari RM0.0877 ke RM0.0936.


Pembekal dan pengedar ada makanisma tertentu untuk selaraskan komisen jualan supaya pulangan pelaburan keatas kos belian itu tidak merugikan pengusaha stesen minyak.

Walaubagaimanapun sekira kos belian setiap liter minyak naik maka pulangan kasar pelaburan untuk tiap satu ringgit yang dilabur akan menurun. 

Apabila pulangan kasar pelaburan (GP) turun maka pulangan bersih (NP) juga akan terjejas turun kerana stesen akan berhadapan dengan kos tetap operasi seperti gaji, KWSP, SOCSO pekerja, elektrik yang tidak turun mengikut kuantiti jualan.

Walaupun pembekal minyak pempunyai makanisma yang tertentu untuk selaraskan pulangan kasar pelaburan keatas setiap ringgit yang dilabur untuk beli minyak namun makanisma tersebut masih bergantung kepada “komisen jualan untuk tiap” dan ini sudah tentu merugikan pengusaha stesyen.

Secara teknikal setelah minyak dihantar ke stesen maka nilai komisyen yang dibelanjakan oleh syarikat pembekal sudah berkalau/wujud nilainya pada saat tempahan/order dibuat oleh stesyen minyak kerana keuntungan bagi setiap liter penjualan yang dilakukan oleh stesen sudah ditetapkan oleh pembekal minyak dan perbelanjaan komisyen tersebut tercatat sebagai perbelanjaan yang dibenar mengikut (seksyen 33 Akta Cukai Pendapatan).

Namum demikian nilai komisyen tersebut boleh berbeza dengan apa yang di perolehi oleh stesen minyak kerana stesen minyak mengira mengikut kuantiti minyak yang keluar dari muncung pump semasa memindah minyak ke kenderaan pelangan.

Alasan yang biasa adalah berkalu mengeluapan/Evaporation semasa minyak dipindah dari lori pembawa minyak. Tidak dinafikan bahawa pembekal minyak menyediakan suatu kuantiti yang lebih untuk hadapi masaalah ketirisan yang dijangkakan.

Pengeluapan (kecuali tumpahan dan ketirisan yang dapat dinilaikan kerugiannya) semasa pemindahan dari lori ke tangki storan minyak di stesen dan semasa pengsetoran sehingga ianya keluar dari muncung pam sebelum masuk ke tangki kenderaan pelanggan amat mustahil untuk dibuktikan dengan mata kasar. Maka wujud lah perbezaan dari apa yang dikira secara virtual sepertimana yang di catit sebagai komisyen yang telah dibayar kepada stesen minyak oleh pembekal.

Minyak yang dihantar oleh pembekal kepada pengusaha stesen ditempah dan di invois dan diminta untuk dibayar secara tunai sebelum lori membawa minyak memindahkan minyak kedalam tangki storan di stesen. Ini bermakna selepas minyak itu dibayar maka PEMILIKAN MINYAK berpindah tangan kepada pengusaha stesen dan BUKAN MILIKAN pembekal lagi dan boleh dijual dengan harga yang kompotitif tidak mengikut harga yang ditetapkan oleh kerajaan, sepertimana yang berlaku di Negara lain seperti New Zealand dsb.

Maka tidak adillah mengira nilai pendapatan komisyen yang diperolehi oleh stesen minyak berdasarkan nilai yang di caj  oleh pembekal minyak  (Untuk tujuan pengiraan perbelanjaan yang dibenar dalam pengiraan cukai) sedangkan nilai sebenar adalah berdasarkan minyak yang keluar dari muncung pam semasa pelanggan membeli minyak.

Walaupun pemantauan keatas stok minyak dikalukan rapi untuk memastikan tahap ketirisan (ketepatan kuantiti  dan gerak/movement stok) minyak namun ianya hanyakan merupakan bukti virtual sahaja dan tidak mustahil tidak dibenarkan untuk ditolak sebagai perbelanjaan yang layak untuk tujuan percukaian.

Ketirisan virtual (tanpa bukti fisikal) sememangnya sudah termasuk dalam pengiraan walau bagaimana pun ianya belum pasti boleh diterima oleh pihak untuk tujuan percukaian kerana industri pengedar minyak (stesen minyak)  sudah punya piawaian purata industrinya yang tersendiri.  Jika keputusan operasi  yang ditunjukkan wujud perbezaan yang agak ketara dari purata industri maka pengiraan tersebut boleh di nafikan sebagai perbelanjaan dalam pengiraan cukai.









Rajah diatas menunjukan pembelian minyak (kos belian) stesen minyak dan penjualan bilamana kos belian harga minyak turun dan naik dan impaknya keatas pelaburan mereka berandaikan perkara berikut :-

1.                 Pengiraan diatas tidak mengambil kira ketirisan biasa/normal selepas pemindahan kedalam strran dari lori sehingga tahap minyak keluar dari muncung pam semasa jualan.

2.                 Komisyen ditetapkan pada 0.154 sen tiap satu liter oleh penbekal (seperti lazimnya tanpa mengira makanisma yang digunakan dalam menilai pulangan keatas pelaburan)

3.                 Tidak mengambil kira kos/perbelanjaan operasi yang agak tetap/Konstant - seperti gaji, elektrik, EPF, Socso,  (tidak naik atau turun secara ketara mengikut fluktuasi harga minyak) yang pasti menjejaskan kadar pulangan pelaburan sekira nilai jualan susut.

4.                 Stok awal atau baki stok minyak yang dibeli mengikut harga hari sebelumnya dianggap habis dijual pada hari esoknya (Memandangkan liter jualan melebihi stok awal)

5.                 Untuk tujuan analisa diatas, harga minyak naik dan turun setiap hari - samada naik berterusan atau turun berterusan.



(a)     JIKA HARGA MINYAK TURUN

  • Dari rajah diatas dapat dipastikan bahawa kesan penurunan kos pembelian minyak akan menguntungkan pengusaha stesen minyak kerana pelaburan/kos pembelian minyak untuk 1 liter turun manakala komisyen yang diterima keatas 1 liter yang sama kekal adalah kekal sama.

  • Kadar pelaburan keatas setiap ringgit akan memberi pulangan yang lebih tinggi.

  • Manakala stok minyak (4000 Liter) yang dibawa kehadapan hari sebelumnya  yang dibeli dengan harga yang lebih mahal akan dicampur dengan 32000 liter stok minyak yang dibeli dengan harga 10 sen lebih murah dari hari sebelumnya memberi kesan 4000/32000 kali mahal dari harga kos belian minyak semasa.

  • Penyimpanan stok yang tinggi (Liter yang banyak) melebihi dari kuantiti jualan harian akan mengundang risiko kerugian.

  • Untuk mengelakkan keadaan sedemikain (risiko kerugian yang tinggi) maka  elok supaya tidak menyimpan stok minyak melebihi paras minimum re-oder level (suatu tahap minima stok minyak bila mana pesanan harus dilakukan untuk mengelak terputus bakalan untuk pelanggan). Sekiranya pesanan untuk stok baru dapat dilakukan ketahap minima tanpa menjejaskan bekalan kepada pelanggan dapat dilakukan maka ianya harus dilakukan untuk memaksimakan keuntungan pihak stesen minyak.


     
(b)     JIKA HARGA MINYAK NAIK


  • Apabila harga minyak naik maka kos pembelian minyak untuk stesen juga akan naik.  Kos pelaburan untuk satu liter akan naik tanpa komisen naik kerana komisyen adalah berdasar kepada RM/liter yang ditetapkan (Kecuali berlaku penyelarasan mengikut mekanisma yang ditetapkan oleh Pembekal minyak seandainya berlaku kenaikan yang amat tinggi dan mendadak)

  • Pulangan kasar keatas tiap ringgit yang di labur akan menyusut/turun berdasarkan alasan yang sama seperti yang terdapat dalam perenggan sebelumnya diatas.

  • Menyimpan stok yang banyak (sekira ianya dibenar dilakukan tanpa sekatan oleh pihak pembekal dan ada ruang untuk menyimpan dalam kuantiti yang banyak (Tangki stroran) stok minyak yang dibeli dengan harga yang murah berbanding hari sebelumnya, boleh menguntungkan pihak stesen minyak walau bagaimana pun sekiranya harga jatuh pada hari esoknya maka pengusahakan berhadapan dengan kerugian.


(c)     KOS TETAP

          Bahagian diatas menumpukan kesan kenaikan dan penurunan kos langsung harga pembelian minyak kepada pihak pengusaha stesen minyak.

Ianya tidak termasuk kos tetap dan kos berubah dalam operasi seharian yang di belanjakan oleh pengusaha stesen minyak.

Kos yang agak tetap yang tidak berubah mengikut kuantiti jualan adalah seperti gaji, KWSP, SOCSO pekerja (Kecuali pekerja ditambah atau dikurang mengikut keperluan yang mendadak),  kos elektrik agak tetap walaupun ianya ada sedikit berubah mengikut keperluan penjanaan mengepam minyak dan penjanaan mesin pam angin untuk tayar kenderaan.

Kos promosi, latihan/kursus/mesyuarat (kos perjalanan dan penginapan)  CSR, lessen, permit, hadiah, derma insuran berbagai jenis, tumpahan minyak dan sebagainya tidak berubah secara mendadak sehingga dapat menjejaskan pulangan bersih (untung bersih) pengusaha stesen minyak kecuali ada kerugian yang berlaku di luar jangka seperti rompakan, kebakaran dan kemalangan yang boleh melibatkan kos yang agak tinggi.

  
Kesan turun dan naik nya harga minyak  kepada pengusaha tetap akan berlakau selagi kos harga minyak dipasaran turun dan naik.

Penyimpanan stok yang minima boleh memenimakan kedua-dua keadaan yang bertentangan itu.

Mungkin juga ada pengusaha yang ingin mengambil risiko tinggi untuk mendpat keuntungan yang agak besar dengan membeli stok minyak yang banyak (tertakluk kepada had yang dibenarkan oleh pembekal dan kemampuan/kapasiti tangki storan minyak) dengan harapan harga pasaran minyak akan naik.

Sistem harga minyak yang ditentukan oleh pengusaha minyak secara  kompititif, seperti yang terdapat di Negara New Zealand dan beberapa negara lain juga boleh diperkenalkan supaya dapat memberi manafaat kepada pengguna.


Wallahualam
Mohdar Ismail

  











No comments:

Post a Comment