Thursday, 1 November 2012

BAJET 2013 - KOMENTAR


BAJET 2013 - KOMENTAR


Bajet 2013 seperti Bajet tahun yang sebelumnya adalah dianggap sebagai Bajet untuk Rakyat walau pun keadaan kewangan Negara semakin meruncikgkan dengan defisit yang meningkat ke suatu paras yang tinggi sejak merdeka.


Dengan PRU13 akan tiba tidak lama lagi, Bajet 2013 dianggap polulis dengan beberapa hamdouts serupa BRIM 2012 juga diumumkan.
 
Dari sudut pungutan cukai pula, kerajaan telah memungut RM87 Billion dalam tahun 2010 san 110 Billion dalam tahun 2011 dan dianggar akan memunggut RM120 Billion dalam tahun 2012, suatu anggaran yang hampir belipat ganda dari pungutan 2010.


DARI MANAKAH PUNCA-PUNCA UTAMA CUKAI YANG DI PUNGUT?

Antara puncanya adalah dari syarikat multi national yang beroperasi dalam Malaysia dengan pematuhan tinggi “Transfer pricing”.

Disamping itu juga memungut jumlah cukai agak tinggi dari PETRONAS ekoran kenaikan harga minyak dipasaran dunia yang meningkatkan keuntungannya.

Juga berpunca dari kegiatan kerja-kerja field audit dan penyiasatan yang dilakukan oleh LHDN dari pembayar cukai yang terkurang lapur dan pengenaan penalti yang agak tinggi keatas pesalah mengikut Akta Cukai 1967.

Tidak ketinggalan  menggunakan dan mengambil tindakan dibawah AMLA keatas syarikat-syarikat yang   disyaki telah melarikan cukai.



  *APAKAH YANG DIKATAKAN SEBAGAI TRANSFER PRICING?

Ringkasnya,  pihak LHDN telah mengeluarkan panduan (2012) dan Panduan “Advance Pricing Arrangement" dalam bulan Julai 2012 yang bermaksud  untuk mengariskan keperluan  pentadbiran berkenaan dengan pematuhan piawai “arms-length“ seperti yang di maktubkan didalam Seksyen 140A  Akta Cukai Pendapatan 1967 dan menggantikan garis panduan yang dikeluarkan terdahulu iaitu garis panduan tahun 2003.


PENURUNAN KADAR  CUKAI UNTUK INDIVIDU (BAJET 2013)

Penurunan sebanyak 1% telah diumumkan untuk individu mengikut kadar skala  dan  kesan atau perbezaannya bagi yang berdapatan kena cucai RM100,000,  hanya boleh penjimatan cukai kena bayar sebanyak RM475 sahaja berbanding tahun sebelumnya (2012). Penji,atan RM475  setahun ini tidak memadai berbanding dengan peningkatan atau kenaikan kos perbelanjaan harian terutama dari kesan kenaikan minyak dan barang keperuan harian.


Pelepasan untuk anak diperingkat Universiti


Pelepasan untuk anak [(sek 48(3)(a)(i) - (ii) ] yang menuntut di Universiti tempatan dinaikkan kepada RM6000 dari RM4000 (2012).  untuk mengurangkan beban perbelanjaan menghantar anak-anak ke pengajian tinggi.


PRS (PRIVATE PENSION FUND)

Pada masa sekarang tidak ada cukai dikenakan keatas pengeluaran dari Tabung Pencen PRS dan dalam bajet 2013 , sek 5(1)(I), 109G dan Jadual 1 bahagian XVI  Akta Cukai Pendapatan 1967 telah mengariskan bahawa sekiranya pengeluaran dibuat sebelum umur 55, (selain kematian atau meninggal Malaysia secara tetap)  maka pengeluaran wang dari tabug tersebut akan dikenakan cukai sebanyak 8%     





………………..  Akan bersambung

No comments:

Post a Comment