Tuesday, 6 May 2014

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHINAT EKONOMI NEGARA?

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHINAT EKONOMI NEGARA?


Debat GST Dewan Negara hari ini 5 Mei, 2014 terdengar  lontaran ungkapan atau label Pengkhianat  Negara bagi warga yang melari cukai.


Kelompok manakah yang sebenarnya yang harus nenerima sasaran persoalan sebegini (sebelum GST) selain dari kelompok yang kaya raya yang memiliki keupayaan dan layak membayar cukai?


Adalah kah mereka dari kelompok miskin yang mengkhianati Negara dengan melarikan cukai berbilion billion?


Apakah membawa dan memindah aset atau wang secara haram dalam jumlah yang ber million dan billion, tanpa pengetahuan pihak berkuasa BNM dan agensi berkaitan, wang hasil kegiatan perniagaan samada halal atau haram keluar Negara, untuk tujuan komersil itu tidak melarikan dari system percukaian Malaysia?
 

Ilustrasi dalam clip adalah berdasarkan jumlah wang haram yang terkumpul sejak 2001-2010 yang disiar dalam media tempatan dengan menggunakan kaedah purata mudah.





Charta : Aliran dana haram keluar Negara Malaysia 2001-2010
Ranking : Malaysia di Tangga le 3 terhebat di dunia - Dana Haram (Capital Flight)


Tajuk berkenaan Pengubahan Wang Haram dibawah AMLATFA 2001 di link berikut :-

AMLATFA 2001 (AMLA) A TOOTHLESS PIECE OF LEGISLATION

http://mohdarismail.blogspot.com/2012/11/amlatfa-2001-amla-toothless-piece-of.html



Sekiranya wang yang di rompak dan di alir keluar negara itu dilabur dalam 
Negara Malaysia,  berapakah pulangan dan manafaat langsung dan tidak langsung yang akan di perolehi dan kecapi oleh pelabur dan pihak2 yang terlibat langsung dan tidak langsung, dan termasuklah kutipan cukai yang boleh dikutip oleh kerajaan dan seterusnya boleh dimanafaat oleh ralyat dalam pelbagai bentuk penyalurannya?


Dewan juga diajukan dengan persoalan persoalan yang melabelkan mereka yang melarikan cukai sebagai perngkhianat Negara.


Jawapan soalan dijangka bukan dari ahli koperat Melayu dan Bumiputera yang sudah lama mengecapi kekayaan di negara ini.


Ini seolah tidak mahu mengaku bahawa kaum lain selain Melayu dan Bumiputera yang berjaya dalam bidang perbiagaan di Malaysia juga memainkan peranan yang penting dalam sama-sama membangunkan Negara ini sejak merdeka.


Mengikut laporan dan pendedahan dalam media tempatan dan luar Negara melalui blog dan klip-klip video yang dikeluarkan oleh NGO luar negara, hampir keseluruhan menunjukkan adanya penglibatan pemimpin politik dan ahli koeporat Melayu/Bumiputera itu sendiri di syaki terlibat dalam kes-kes pengubahan wang haram dan pemilikan harta bernilainya mencecah berbilion-bilion ringgit diluar Negara.


(1) Anggaran wang haram 2001 sehingga 2010 adalah      RM 900 Bil

(2) Cukai yang boleh dikenakan keatas

(a) wang haram dan
(b) keatas keuntungan (RM54 Billion) yang
     boleh di perolehi sekira ianya dilabur
     dalam Malaysia ialah                                              RM 311 Bil


Anggaran deficit Budget 2014                                       RM   40  Bil

** Unjuran Hutang
Malaysia pada 30/6/14                    RM 583 Bil




GDP
Malaysia yang diunjurkan pada June 2014 adalah USD 343.04 Billion Manakala Hutang Kasar Malaysia untuk tempuh yang sama adalah 54.8% GDP

Unjuran Hutang Kasar Kerajaan Malaysia pada Jun 2014 ialah 343.04 x 54.8% =187.99

**RM582.76 @kadar pertukaran 3.1 USD-MYR pada
6/5/2014     






Charta : Budget Malaysia 2014
Sumber : Themalaysia Online.com








Charta : Unjuran Peratus Hutang Kasar Malaysia kepada GDP pada Jum 2014
Sumber : TradingEconomic.com









Charta : GDP pada Jum 2014 (USD)
Sumber : TradingEconomic.com


Sekiranya tiada PENGKHIANAT NEGARA yang membawa harta dan wang haram keluar negara Malaysia nescaya cukai yang dianggar boleh dikutip dari wang & harta haram boleh digunakan untuk membiayai keseluruhan deficit Budget 2014 (RM40 Billion) dan menjelaskan Lebih 46% hutang kasar yang diunjurkan (RM583 Billion)pada hujung Jun 2014. 


Tanpa pengkhianat Negara, maka Malaysia boleh bebas menhadapi budget defisit dan beban hutang yang meningkat dalam keadaan mata wang yang lemah berbanding matawang utama dunia.


Sehingga gejala rasuah dan sikap boros dan ketirisan yang berlualuasa dalam pentadbiran kerajaan dapat di bendung, perlaksanaan  GST tidak akan dapat mengubah haluan Negara ini ke suatu arah yang lebih progresif dan mampu bersaing secara bebas di persada dunia.


Maka alternatif kepada perlaksanaan GST, seperti yang sering di laung oleh kerajaan 47% adalah kerajaan PAKATAN RAKYAT.

PAKATAN RAKYAT boleh mereformasi dan memacu sosio-ekonomi dan politik rakyat
Malaysia ke suatu era kecernekangan tanpa dibebani oleh pengkhinat-pengkhianat Negara.





SIAPA PENGKHINAT EKONIMI NEGARA?

Apakah rakyat berpendapatan pertengahan dan miskin yang menolak perlaksanaan GST itu pengkhianat Negara?

No comments:

Post a Comment