Contoh : Rujuk Rajah diatas :
Pembekal dan wakil pengedar
minyak (Pengusaha stesen minyak yang mengedar RON dan disel), mendapat komisen
jualan berdasarkan kuantiti (liter) jualan.
Sebagai contoh komisen sebanyak RM0.154 bagi setiap liter bahan yang di jual.
Komisen ditetapkan mengikut
kuantiti (liter ) dan bukan komisen keatas nilai ringgit jualan.
Sekiranya kos belian bagi
setiap liter naik ( Graph - Bar Kedua) maka pulangan keatas setiap RM1.00 yang
dilabur turun dari RM0.0877 ke RM0.0791
Di sebaliknya akan berlaku
sekira kos belian minyak turun - (Graph - Bar Ketiga). Keuntungan ketas setiap satu
ringgit yang dilabur keatas kos belian minyak akan naik dari RM0.0877 ke
RM0.0936.
Pembekal dan pengedar ada
makanisma tertentu untuk selaraskan komisen jualan supaya pulangan pelaburan
keatas kos belian itu tidak merugikan pengusaha stesen minyak.
Walaubagaimanapun sekira
kos belian setiap liter minyak naik maka pulangan kasar pelaburan untuk tiap
satu ringgit yang dilabur akan menurun.
Apabila pulangan kasar pelaburan (GP) turun maka pulangan bersih (NP) juga akan
terjejas turun kerana stesen akan berhadapan dengan kos tetap operasi seperti
gaji, KWSP, SOCSO pekerja, elektrik yang tidak turun mengikut kuantiti jualan.
Walaupun pembekal minyak
pempunyai makanisma yang tertentu untuk selaraskan pulangan kasar pelaburan
keatas setiap ringgit yang dilabur untuk beli minyak namun makanisma tersebut masih
bergantung kepada “komisen jualan untuk tiap” dan ini sudah tentu merugikan
pengusaha stesyen.
Secara teknikal setelah
minyak dihantar ke stesen maka nilai komisyen yang dibelanjakan oleh syarikat
pembekal sudah berkalau/wujud nilainya pada saat tempahan/order dibuat oleh
stesyen minyak kerana keuntungan bagi setiap liter penjualan yang dilakukan
oleh stesen sudah ditetapkan oleh pembekal minyak dan perbelanjaan komisyen
tersebut tercatat sebagai perbelanjaan yang dibenar mengikut (seksyen 33 Akta
Cukai Pendapatan).
Namum demikian nilai komisyen tersebut boleh berbeza dengan apa yang di
perolehi oleh stesen minyak kerana stesen minyak mengira mengikut kuantiti minyak
yang keluar dari muncung pump semasa memindah minyak ke kenderaan pelangan.
Alasan yang biasa adalah
berkalu mengeluapan/Evaporation semasa minyak dipindah dari lori pembawa minyak.
Tidak dinafikan bahawa pembekal minyak menyediakan suatu kuantiti yang lebih
untuk hadapi masaalah ketirisan yang dijangkakan.
Pengeluapan (kecuali
tumpahan dan ketirisan yang dapat dinilaikan kerugiannya) semasa pemindahan
dari lori ke tangki storan minyak di stesen dan semasa pengsetoran sehingga
ianya keluar dari muncung pam sebelum masuk ke tangki kenderaan pelanggan amat
mustahil untuk dibuktikan dengan mata kasar. Maka wujud lah perbezaan dari apa
yang dikira secara virtual sepertimana yang di catit sebagai komisyen yang telah
dibayar kepada stesen minyak oleh pembekal.
Minyak yang dihantar oleh
pembekal kepada pengusaha stesen ditempah dan di invois dan diminta untuk
dibayar secara tunai sebelum lori membawa minyak memindahkan minyak kedalam tangki
storan di stesen. Ini bermakna selepas minyak itu dibayar maka PEMILIKAN
MINYAK berpindah tangan kepada pengusaha stesen dan BUKAN MILIKAN pembekal
lagi dan boleh dijual dengan harga yang kompotitif tidak mengikut harga yang
ditetapkan oleh kerajaan, sepertimana yang berlaku di Negara lain seperti New
Zealand dsb.
Maka tidak adillah mengira nilai
pendapatan komisyen yang diperolehi oleh stesen minyak berdasarkan nilai yang
di caj oleh pembekal minyak (Untuk tujuan pengiraan perbelanjaan yang
dibenar dalam pengiraan cukai) sedangkan nilai sebenar adalah berdasarkan
minyak yang keluar dari muncung pam semasa pelanggan membeli minyak.
Walaupun pemantauan keatas
stok minyak dikalukan rapi untuk memastikan tahap ketirisan (ketepatan kuantiti
dan gerak/movement stok) minyak namun
ianya hanyakan merupakan bukti virtual sahaja dan tidak mustahil tidak
dibenarkan untuk ditolak sebagai perbelanjaan yang layak untuk tujuan
percukaian.
Ketirisan virtual (tanpa
bukti fisikal) sememangnya sudah termasuk dalam pengiraan walau bagaimana pun
ianya belum pasti boleh diterima oleh pihak untuk tujuan percukaian kerana industri
pengedar minyak (stesen minyak) sudah
punya piawaian purata industrinya yang tersendiri. Jika keputusan operasi yang ditunjukkan wujud perbezaan yang agak
ketara dari purata industri maka pengiraan tersebut boleh di nafikan sebagai
perbelanjaan dalam pengiraan cukai.
Rajah diatas menunjukan pembelian
minyak (kos belian) stesen minyak dan penjualan bilamana kos belian harga
minyak turun dan naik dan impaknya keatas pelaburan mereka berandaikan perkara
berikut :-
1.
Pengiraan
diatas tidak mengambil kira ketirisan biasa/normal selepas pemindahan kedalam
strran dari lori sehingga tahap minyak keluar dari muncung pam semasa jualan.
2.
Komisyen
ditetapkan pada 0.154 sen tiap satu liter oleh penbekal (seperti lazimnya tanpa
mengira makanisma yang digunakan dalam menilai pulangan keatas pelaburan)
3.
Tidak mengambil
kira kos/perbelanjaan operasi yang agak tetap/Konstant - seperti gaji,
elektrik, EPF, Socso, (tidak naik atau
turun secara ketara mengikut fluktuasi harga minyak) yang pasti menjejaskan
kadar pulangan pelaburan sekira nilai jualan susut.
4.
Stok awal atau
baki stok minyak yang dibeli mengikut harga hari sebelumnya dianggap habis
dijual pada hari esoknya (Memandangkan liter jualan melebihi stok awal)
5.
Untuk tujuan
analisa diatas, harga minyak naik dan turun setiap hari - samada naik
berterusan atau turun berterusan.
(a) JIKA
HARGA MINYAK TURUN
- Dari rajah diatas dapat dipastikan bahawa kesan
penurunan kos pembelian minyak akan menguntungkan pengusaha stesen minyak
kerana pelaburan/kos pembelian minyak untuk 1 liter turun manakala
komisyen yang diterima keatas 1 liter yang sama kekal adalah kekal sama.
- Kadar pelaburan keatas setiap ringgit akan
memberi pulangan yang lebih tinggi.
- Manakala stok minyak (4000 Liter) yang dibawa
kehadapan hari sebelumnya yang
dibeli dengan harga yang lebih mahal akan dicampur dengan 32000 liter stok
minyak yang dibeli dengan harga 10 sen lebih murah dari hari sebelumnya
memberi kesan 4000/32000 kali mahal dari harga kos belian minyak semasa.
- Penyimpanan stok yang tinggi (Liter yang
banyak) melebihi dari kuantiti jualan harian akan mengundang risiko
kerugian.
- Untuk mengelakkan keadaan sedemikain (risiko
kerugian yang tinggi) maka elok
supaya tidak menyimpan stok minyak melebihi paras minimum re-oder level
(suatu tahap minima stok minyak bila mana pesanan harus dilakukan untuk
mengelak terputus bakalan untuk pelanggan). Sekiranya pesanan untuk stok
baru dapat dilakukan ketahap minima tanpa menjejaskan bekalan kepada
pelanggan dapat dilakukan maka ianya harus dilakukan untuk memaksimakan
keuntungan pihak stesen minyak.
(b) JIKA
HARGA MINYAK NAIK
- Apabila harga minyak naik maka kos pembelian
minyak untuk stesen juga akan naik.
Kos pelaburan untuk satu liter akan naik tanpa
komisen naik kerana komisyen adalah berdasar kepada RM/liter yang
ditetapkan (Kecuali berlaku penyelarasan mengikut mekanisma yang ditetapkan
oleh Pembekal minyak seandainya berlaku kenaikan yang amat tinggi dan
mendadak)
- Pulangan kasar keatas tiap ringgit yang di
labur akan menyusut/turun berdasarkan alasan yang sama seperti yang
terdapat dalam perenggan sebelumnya diatas.
- Menyimpan stok yang banyak (sekira ianya
dibenar dilakukan tanpa sekatan oleh pihak pembekal dan ada ruang untuk
menyimpan dalam kuantiti yang banyak (Tangki stroran) stok minyak yang
dibeli dengan harga yang murah berbanding hari sebelumnya, boleh
menguntungkan pihak stesen minyak walau bagaimana pun sekiranya harga
jatuh pada hari esoknya maka pengusahakan berhadapan dengan kerugian.
(c) KOS TETAP
Bahagian
diatas menumpukan kesan kenaikan dan penurunan kos langsung harga pembelian minyak
kepada pihak pengusaha stesen minyak.
Ianya
tidak termasuk kos tetap dan kos berubah dalam operasi seharian yang di
belanjakan oleh pengusaha stesen minyak.
Kos yang agak
tetap yang tidak berubah mengikut kuantiti jualan adalah seperti gaji, KWSP,
SOCSO pekerja (Kecuali pekerja ditambah atau dikurang mengikut keperluan yang
mendadak), kos elektrik agak tetap
walaupun ianya ada sedikit berubah mengikut keperluan penjanaan mengepam minyak
dan penjanaan mesin pam angin untuk tayar kenderaan.
Kos promosi,
latihan/kursus/mesyuarat (kos perjalanan dan penginapan) CSR, lessen, permit, hadiah, derma insuran
berbagai jenis, tumpahan minyak dan sebagainya tidak berubah secara mendadak
sehingga dapat menjejaskan pulangan bersih (untung bersih) pengusaha stesen
minyak kecuali ada kerugian yang berlaku di luar jangka seperti rompakan,
kebakaran dan kemalangan yang boleh melibatkan kos yang agak tinggi.
Kesan turun dan naik nya harga minyak kepada
pengusaha tetap akan berlakau selagi kos harga minyak dipasaran turun dan naik.
Penyimpanan
stok yang minima boleh memenimakan kedua-dua keadaan yang bertentangan itu.
Mungkin
juga ada pengusaha yang ingin mengambil risiko tinggi untuk mendpat keuntungan
yang agak besar dengan membeli stok minyak yang banyak (tertakluk kepada had
yang dibenarkan oleh pembekal dan kemampuan/kapasiti tangki storan minyak)
dengan harapan harga pasaran minyak akan naik.
Sistem
harga minyak yang ditentukan oleh pengusaha minyak secara kompititif, seperti yang terdapat di Negara New Zealand dan beberapa negara lain juga boleh diperkenalkan
supaya dapat memberi manafaat kepada pengguna.
Wallahualam
Mohdar Ismail