Sunday, 19 February 2012

IN RESPONSE TO PIC BEARING MSG -"SCIENCE FLIES YOU TO THE MOON RELIGION INTO SKYSCRAPERS"

In response to pic (left) bearing msg " science flies you to the moon, religion into skyscrapers" which I found on internet and I believe related to Islam and the 911 tragedy.

It is very unfortunate that Islam, the religion of peace, hope, harmony, goodwill and brotherhood had been badly tarnished by the perpetrators of various terrorists acts and barbarism as seen on Sept 11, 2001.

There are good people as well and bad people in any religion and Islam is not an exception to that.

In any religion there are cults and extremists who has deviationist ideology trying to kidnap the religion as well as its followers. The word Jihad has been widely misinterpreted.

Through the actions of some elements, the western world visualizes a wrong concept of Jihad (Holy War). The word Jihad conjures up the vision of a marching band of religious fanatics with savage beards and fiery eyes, brandishing swords and attacking the infidels.

Jihad in Islamic terminology means to make an effort, to endeavour and to strive in a noble way. Over the centuries this meaning of Jihad has been obliterated or at least diluted. The critical juncture in the Islamic world requires reviving and recapturing the true and pristine meaning of Jihad.

Thursday, 16 February 2012

Baram dapat jalanraya simpati kerajaan pusat memalui projek jiwa murni ATM.

Tidak mendapat jalanraya yang dibuat swasta, Baram dapat jalanraya nilai simpati kerajaan pusat memalui projek jiwa murni ATM. 


"Program Jiwa Murni ATM" telah menjalankan beberapa projek pembikinan infrastruktur awam dan diantaranya ialah Jalanraya Saeh Niah, Sibuti, yang hampir siap dan Jalanraya ke daerah Marudi, Baram yang sedang dalam pembikinan.


Kenapa harus di jalankan oleh ATM? Kenapa tambah lagi beban dengan menjadi pesaing kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang sudah  berhadapan dengan pesaing utama mereka iaitu syarikat kroni tempatan yang memenopolikan hampir keseluruhan projek pembinaan dan penyelengaraan  jalan di negeri Sarawak untuk suatu  tempoh masa yang agak lama?  


Menurut sumber, Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia ini telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan projek hingga 70%. 


Kenapakah pihak kerajaan BN menunjukkan KEPERIHATINAN YANG LUARBIASA terhadap pengurangan kos untuk projek di pendalaman Utara Sarawak ini, sedangkan banyak ketirisan wang negara  yang sudah berlaku sepanjang 2010 mengikut lapuran Audit Negara 2010.


Dianggarkan sejumlah RM28 Billion ketirisan berlaku dalam 2010 dan tanpa ketirisan, wang itu lebih dari cukup untuk membina jalan raya mutu tinggi termasuk rangkaian jalan yang lengkap untuk Utara Sarawak.                 


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berkata bahawa kerajaan mengambil kira tempoh penyiapan projek. Perkara ini tidak harus berlaku kerana kerajaan BN mempunyai masa yang terlalu lama untuk melaksanakan projek tersebut dan hanya bertindak secara tergesa atas keperluan mendesak berhadapan dengan rakyat dalam  PRU13 akan datang.


Kos yang dianggarkan RM700 juta dapat disiap dengan kos RM200 juta dan 5 tahun di pendekkan ke 2 tahun penyiapannya. Ini bukan suatu desakan penjimatan mau pun penjimatan masa tetapi disebabkan kerajaan BN sudah sekian lama membelakangi dan gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat Baram yang menjadi penyokong setia mereka.


Kos anggaran RM700 juta itu hanya merupakan 2.5%  dan kos sebenar RM200 juta merupakan 0.7% dari nilai ketirisan RM28 Billion  seperti yang dilaporkan oleh Saudara Rafizi Ramli yang diterbitkan dalam akhbar ekonomi The Edge pada 4 Februari 2011.


Pembikinan projek melalui Program Jiwa Murni ATM ini  berupa simpati terhadap kerumitan dan kesengsaraan rakyat Baram selama hampir 47 tahun selepas merdeka. Rakyat Baram dan pendalaman Sarawak seharusnya sudah lama menikmati kemudahan jalan raya yang sempurna seperti yang dinikmati oleh penduduk lain di Malaysia. 


Baram adalah sebuah daerah yang luas dan kaya dengan hasil bumi seperti balak. Hasil balaknya telah dituai sejak 60an hinggalah ke saat ini. Kalaulah dikumpul semua balak-balak yang dikeluar dari kawasan Baram ini yang bernilai berbillion-billion ringgit itu, ianya boleh memenuhi setiap ruang Batang/Sungai Baram dari muara sungai hinggalah ke hulu dan semua anak-anak sungainya. Namun, selama ini,  nilai hasilnya tidak dapat di menafaat oleh penduduknya seperti yang dikecapi oleh rakyat-rakyat ditempat lain di Sarawak.


Disamping ketitisan RM 28 Billion yang dilaporkan diatas, Malaysia juga telah mengalami ketirisan RM 1 trillion wang rakyat KELUAR NEGARA seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI). Hasil dan kekayaan yang seharusnya boleh dinikmati menafaatnya oleh rakyat disalur keluar oleh pihak-pihak yang tertentu.


Rakyat juga semestinya lebih bijak menilai dan menggunakan kuasa undi mereka untuk menghindar pemimpin seumpama itu dari berkuasa dan terus mengusai bidang-bidang perniagaan tertentu melalui kuasa yang ada pada mereka.

Friday, 10 February 2012

The Health Ministry - 1 Care mandatory for all Malaysians



The Health Ministry said today that the 1 Care national healthcare proposal will be made mandatory for all Malaysians.


No specific details yet as to how the proposed scheme or rather health insurance works.


It is expected to provide coverage for any medical expenses.


Would government hospital be appointed as one of the penal instituition/doctors to attend to ICare patient?


If govt hospital is to be one of its penal, then the govt hospital would become a profit making entity and compete with private practitioner.


How and what is the criteria of appointment of penal doctors / medical instituition?


I-Care would also compete with other private insurance company over medical related insurance business.


When it is made mandatory, there is no more insurable interest on the part of the participant and the interest is then transferred to the imposer (Govt who make this scheme mandatory and the body that runs the scheme) .When the insurable interest is in the hand of the imposer, while the protection is on the participant, this would not serve the interest of the participant to the fullest because the imposers interest is not on the protection but rather on profit of running the scheme.





Wednesday, 8 February 2012

CADANGAN EC - HANYA WARGA NEGARA YANG BERADA DILUAR NEGARA YANG MEMBAYAR CUKAI DI BENAR MENGUNDI


Untuk mengaitkan hak mengundi dengan percukaian bagi seseorang warga Malaysia yang berada di luar negara akan merumitkan lagi keadaan.


EC seharus meluaskan takrif "Absent Voters" atau hapuskan sekatan ini sama sekali supaya setiap warga negara malaysia dimana sahaja berada diluar negara berhak mengundi dengan bantuan/dikendalikan oleh badan-badan antarabangsa.


Apakah maksud cadangan EC bila mengatakan rakyat malaysia di luar negara yang membayar cukai sahaja yang boleh mengundi?


1) Adakah pembayar cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 


atau


2) Cadangan undang-undang /pindaan baru yang akan mengenakan cukai kepada pengundi warga Malaysia di luar negara yang hendak membuang undi di luar negara. Ini agak janggal sekali.?


Untuk mengaitkan syarat mengundi dengan Akta Cukai 1967 akan merumit kan lagi keadaan kerana Akta Cukai Pendapat 1967 mempunyai set yang sangat spesifik dalam mengenakan cukai bagi seseorang yang berada diluar negera untuk pendapatan yang di terimanya.


ACP67 menyatakan bahawa pendapatan dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia oleh seseorang yang bermastautin di Malaysia (bermastautin di Malaysia Mengikut takrif Seksyen 7 ACP1967)  adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan (Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2004).


Skop percukaian bukan semata-mata menimbangkan soal tahap pendapatan sahaja malah mengambil kira samada seseorang yang berada diluar negera itu di gaji oleh majikan Luar Negara atau majikan luar negara yang mempunyai ibupejabat atau pergurusan dikawal dari Malaysia.


Kalau  'tidak membayar cukai' sebagai alasan untuk menidak atau membenar hak mengundi sudah tentu ianya tidak memberi keadilan kerana seseorang yang berada di luarnegera juga boleh memberi sumbangan besar kepada negara ini kerana mambantau membawa aliran dana masuk ke negara ini.


Selain itu seseorang yang tidak membayar cukai itu bukan bererti seseorang itu tidak ada pengenaan cukai keatasnya. - dikenakan cukai tapi belum membayar cukai boleh  dianggap sebagai "tidak membayar cukai" atau "belum membayar cukai" dan dinafikan hak mengundi.


Oleh itu menentukan samada seseorang rakyat Malaysia yang berada diluar negera itu berasaskan atau dengan mengaitkan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah tidak wajar dan akan merumitkan dan mengelirukan lagi kerana Akta cukai Pendapatan Malaysia mempunyai kriteria yang amat kompleks dalam menentukan pengenaan cukai seseorang rakyat malaysia yang berada di luar negara.


Dalam menentu seseorang itu layak mendapat BR1M, LHDN akan menentukan berasaskan rekod dan maklumat yang diperolehinya dan ini tidak bererti seseorang itu betul-betul sah layak atau tidak layak. dan sekiranya EC  menggunakan atau merujuk kepada LHDN untuk menentukan kelayakan menggundi seseorang warga Malaysia yang berada di luar negara itu sah atau tidak boleh menjadikan masaalah besar dalam penjumlahan undi dan boleh berakhir di mahkamah. 


Mohdar Hj Ismail