Thursday, 16 February 2012

Baram dapat jalanraya simpati kerajaan pusat memalui projek jiwa murni ATM.

Tidak mendapat jalanraya yang dibuat swasta, Baram dapat jalanraya nilai simpati kerajaan pusat memalui projek jiwa murni ATM. 


"Program Jiwa Murni ATM" telah menjalankan beberapa projek pembikinan infrastruktur awam dan diantaranya ialah Jalanraya Saeh Niah, Sibuti, yang hampir siap dan Jalanraya ke daerah Marudi, Baram yang sedang dalam pembikinan.


Kenapa harus di jalankan oleh ATM? Kenapa tambah lagi beban dengan menjadi pesaing kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang sudah  berhadapan dengan pesaing utama mereka iaitu syarikat kroni tempatan yang memenopolikan hampir keseluruhan projek pembinaan dan penyelengaraan  jalan di negeri Sarawak untuk suatu  tempoh masa yang agak lama?  


Menurut sumber, Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia ini telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan projek hingga 70%. 


Kenapakah pihak kerajaan BN menunjukkan KEPERIHATINAN YANG LUARBIASA terhadap pengurangan kos untuk projek di pendalaman Utara Sarawak ini, sedangkan banyak ketirisan wang negara  yang sudah berlaku sepanjang 2010 mengikut lapuran Audit Negara 2010.


Dianggarkan sejumlah RM28 Billion ketirisan berlaku dalam 2010 dan tanpa ketirisan, wang itu lebih dari cukup untuk membina jalan raya mutu tinggi termasuk rangkaian jalan yang lengkap untuk Utara Sarawak.                 


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berkata bahawa kerajaan mengambil kira tempoh penyiapan projek. Perkara ini tidak harus berlaku kerana kerajaan BN mempunyai masa yang terlalu lama untuk melaksanakan projek tersebut dan hanya bertindak secara tergesa atas keperluan mendesak berhadapan dengan rakyat dalam  PRU13 akan datang.


Kos yang dianggarkan RM700 juta dapat disiap dengan kos RM200 juta dan 5 tahun di pendekkan ke 2 tahun penyiapannya. Ini bukan suatu desakan penjimatan mau pun penjimatan masa tetapi disebabkan kerajaan BN sudah sekian lama membelakangi dan gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat Baram yang menjadi penyokong setia mereka.


Kos anggaran RM700 juta itu hanya merupakan 2.5%  dan kos sebenar RM200 juta merupakan 0.7% dari nilai ketirisan RM28 Billion  seperti yang dilaporkan oleh Saudara Rafizi Ramli yang diterbitkan dalam akhbar ekonomi The Edge pada 4 Februari 2011.


Pembikinan projek melalui Program Jiwa Murni ATM ini  berupa simpati terhadap kerumitan dan kesengsaraan rakyat Baram selama hampir 47 tahun selepas merdeka. Rakyat Baram dan pendalaman Sarawak seharusnya sudah lama menikmati kemudahan jalan raya yang sempurna seperti yang dinikmati oleh penduduk lain di Malaysia. 


Baram adalah sebuah daerah yang luas dan kaya dengan hasil bumi seperti balak. Hasil balaknya telah dituai sejak 60an hinggalah ke saat ini. Kalaulah dikumpul semua balak-balak yang dikeluar dari kawasan Baram ini yang bernilai berbillion-billion ringgit itu, ianya boleh memenuhi setiap ruang Batang/Sungai Baram dari muara sungai hinggalah ke hulu dan semua anak-anak sungainya. Namun, selama ini,  nilai hasilnya tidak dapat di menafaat oleh penduduknya seperti yang dikecapi oleh rakyat-rakyat ditempat lain di Sarawak.


Disamping ketitisan RM 28 Billion yang dilaporkan diatas, Malaysia juga telah mengalami ketirisan RM 1 trillion wang rakyat KELUAR NEGARA seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI). Hasil dan kekayaan yang seharusnya boleh dinikmati menafaatnya oleh rakyat disalur keluar oleh pihak-pihak yang tertentu.


Rakyat juga semestinya lebih bijak menilai dan menggunakan kuasa undi mereka untuk menghindar pemimpin seumpama itu dari berkuasa dan terus mengusai bidang-bidang perniagaan tertentu melalui kuasa yang ada pada mereka.

No comments:

Post a Comment