Cadangan menaikan culai perkhidmatan sebanyak 1 % telah di umumkan oleh Perdana Menteri dalam Bajet 2012 dan pengguna sekarang menunggu tarikh perlaksanaannya,
Ianya adalah sesuatu yang membebankan pengguna terutama dari kalangan yang pendapatan rendah.
Selepas penguguman kenaikan 1% cukai perkhidmatan pra-bayar tersebut, Najib memberitahu media bahawa beliau akan berbincang dengan pihak telcos. Ini seolah-olah hak mengenakan cukai perkhidmatan terletak kepada syarikat telco dan amat mengelirukan rakyat.
Cukai adalah bidang kuasa kerajaan dan hak pengenaan ini langsung tidak ada kena mengena dengan pihak telco.
Borneo Post telah melaporkan : "Thus, he said the introduction of service tax on the prepaid services would increase his monthly expenditure on phone alone. With the service charge at 6 per cent, a RM10 reload will now cost RM10.60 while RM15 prepaid reload cost RM15.90 and RM30 reload, RM31.80. Martin said it was rather inconvenient as consumers were used to paying RM5, RM10 and RM50 without loose change." dalam akhbar bertarikh 18 Mac, 2012 seolah cukai perkhidmatan keatas kas pra-bayar belum pernah diperkenalkan sebelum ini.
Cukai perkhidmatan memang sudah dikenakan sebanyak 5% keatas kad telefon pra-bayar dan apa yang meruncingkan ialah kenaikan atau tambahan 1%.
Pada asasnya, pengiraan yang dibuat diatas tidak salah kalau denominasi (harga kad pra-bayar) di tetapkan kepada RM 10.60, RM15.90 dan RM31.80. Sekiranya syarikat telco masih menetapkan denominadanya kepada RM10, 15, 30, 50 dan 100 maka dengan kenaikan 1% NILAI perkhidmatan/barangan yang pelanggan bayar akan menurun. Berikut adalah perbandingan bagi denominasi kad dalam pasaran :pada kadar cukai 5% dan 6 %.
Nilai Kad Pra-bayar Cukai Perkhidmatan Denominasi Kad Pra-Bayar
100% 5% 105%
9.5238 0.4762 10.00
14.2857 0.7143 15.00
28.5714 1.4286 30.00
47.6190 2.3810 50.00
95.2381 4.7619 100.00
Nilai Kad Pra-bayar Cukai Perkhidmatan Denominasi Kad Pra-Bayar
100% 6% 106%
9.4340 0.5660 10.00
14.1509 0.8491 15.00
28.3019 1.6981 30.00
47.1698 2.8302 50.00
94.3396 5.6604 100.00
Pengurangan Nilai Kenaikan Cukai Denominasi Kad Pra-Bayar
(0.0898) 0.0898 10.00
(0.1348) 0.1348 15.00
(0.2695) 0.2695 30.00
(0.4492) 0.4492 50.00
(0.8985) 0.8985 100.00
Cukai Perkhidmatan dikenakan keatas perkhidmatan atau barangan yang terpilih sahaja.
Manakala cukai GST dikenakan keatas semua barang kecuali perkhidmatan/barangan yang tidak disenaraikan dinawah Cukai perkhidmatan diatas.
Ini akan membebankan pengguna lagi sekira ianya di laksanakan.
Kerajaan BN telah menundakan perlaksanaanya untuk beberapa tahun dan hampir pasti ianya akan dilaksanakan sekiranya BN menang PRU13.
No comments:
Post a Comment