Sunday, 11 March 2012

KILANG BITUMEN BERHAMPIRAN TADAHAN AIR MIRI MESTI HENTI OPERASI SEHINGGA DI PINDAH


Lembaga Air Kawasan Utara (LAKU) Miri telah menghentikan penyaluran air ke semua kawasan Miri dan Sibuti dalam tempoh 12 bagi membolehkan pembersihan dan mengawal tumpahan minyak diesel dari sebuah kilang bitumen, ke kawasan tadahan airnya 


Syarikat yang memiliki kilang bitumin boleh disabit kesalahan dibawah ENVIRONMENTAL QUALITY ACT 1974 dan juga boleh disabit dengan kecuaian.  


Mungkin perkara ini telah berlaku sejak lama iaitu bermula kilang tersebut beroperasi, berpuluh tahun yang lalu, namum keseriusannya agak kurang atau tumpahan diesel tidak dikesan oleh pihak LAKU,  sehinggalah kes beberapa minggu yang lepas berlaku.


Pihak yang berwajib harus menghentikan operasi kilang bitumen tersebut dengan serta merta sehingga di pindah ke tapak yang sesuai yang tidak menjejas tadahan air.


Pihak yang berwajib mesti batalkan, hentikan pengeluaran apa juga jenis permit atau kelulusan yang melibatkan perusahaan yang boleh mencemarkan tadahan air Miri. 


Kilang-kilang yang mengeluarkan sisa toksik, bahan beracun harus tidak ditempatkan dikawasan berhampiran tadahan air Miri.


Penduduk Miri dan Sibuti sudah terselamat kerana bahan yang mengalir masuk ke tadahan air adalah minyak diesel. Sekira terdapat bahan toksik dan beracun yang masuk ke kawasan tersebut sudah pasti melibatkan kematian yang ramai dikalangan pengguna air paip kawasan Miri dan Sibuti.


Perkara seumpama ini harus menjadi pengajaran dan ingatan dalam meluluskan mana-mana industry dikawasan berhampiran tadahan air.


Pihak LAKU juga harus mengkaji dengan bantuan pakar kesan jangka panjang terhadap manusia yang minum air yang bercampur minyak diesel yang mungkin berlaku di Miri dan Sibuti selama ini.

No comments:

Post a Comment