APAKAH KEDUDUKAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI SARAWAK DALAM PERUNDINGAN BERHUBUNG HAK MINYAK SARAWAK?
Belum ada pengumuman dibuat di DUN negeri Sarawak atau pun kepada rakyat Sarawak berkenaan status atau KEDUDUKAN kerajaan Sarawak berhubung pemilikan kawasan-kawasan minyak dan gas di perairannya.
Mengikut Tuan Zainnal Ajamain dalam beberapa siri video beliau, kedudukan Sarawak dan Sabah berhubung pemilikan kawasan minyak diperairan Sabah dan Sarawak, secara automatiknya sudah menjadi milik kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.
Keadaan tersebut berlaku apabila DS Najib, Perdana Menteri Malaysia mengistiharkan undang-undang Darurat yg di istiharkan pada 15/5/1969 dibatalkan di Parlimen pada 23/11/2011.
Dengan pengistihiraan pembatalan tersebut maka undang-undang yang di buat semasa darurat itu pun turut terbatal, (6 bulan dari tarikh pengistihiraan itu dibuat oleh DS Najib di Parlimen pada 23/11/2011 iaitu 24/5/2012)
Dengan pembatalan itu maka undang yang menghadkan perairan Sabah dan Sarawak kepada 3 nm pun turut terbatal. Maka sempadan perairan Sabah dan Sarawak kembali kepada sempadan asalnya iaitu seperti yang diistihar melalui Order in Council 1954 yang dibuat oleh Ratu Elezabeth England.
Ada beberapa keadaan boleh terjadi, samada
(1) Sarawak mengambil kedudukan sebagai pemilik kawasan minyak
ATAU
(2) Kerajaan Persekutuan sebagai pemilik (seperti keadaan sebelum 24/5/2012 ( Tarikh berkuatkuasanya undang-undang Darurat 15/3/69 dibatalkan)
ATAU
(3) Kerajaan Negeri Sarawak sebagai pemilik kawasan minyak tetapi menyerahkan (vesting) kawasan minyak itu kepada Petronas.
ATAU apa-apa keputusan lain yang dibuat oleh kerajaan Negeri Sarawak selain kedudukan (1), (2) dan (3) diatas.
Mana satu diantara KEDUDUKAN diatas kah yang diambil oleh kerajaan Negeri Sarawak dalam perbincangannya dengan Kerajaan persekutuan?
Persoalan ini belum lagi diumum di DUN Negeri Sarawak atau kepada rakyat Sarawak setakat ini, walaubagaimana pun wakil Kerajaan Negeri dalam beberapa liputan akhbar ada menyatakan, bahawa ianya masih dalam proses perundingan.
PEMBENTUKAN SYARIKAT MINYAK SARAWAK
Kerajaan Sarawak boleh membentuk syarikat minyaknya sendiri -
(1) Dengan mengwujudkan satu badan atau syarikat milik penuh kerajaan negeri yang bertindak sebagai KUSTODIAN kepada kawasan minyak milik kerajaan Negeri Sarawak (sekira Sarawak ambil KEDUDUKAN SEBAGAI PEMILIK KAWASAN MINYAKNYA)
ATAU
(2) Sebagai sebuah syarikat yang bertindak sebagai kontraktor atau sebagai salah satu pihak dalam sesebuah Production Sharing Contract jika Kerajaan Persekutuan masih mengekal kedudukan dan bertindak sebagai pemilik kawasan minyak yang terdapat di perairan Sarawak. Dengan demikian masih mengekalkan PETRONAS dikedudukan sebelum ini, iaitu sebagai KUSTODIAN kepada Kerajaan Persekutuan.
ATAU
(3) Dimana Kerajaan Sarawak berkedudukan sebagai pemilik kawasan minyak tetapi menyerahkan (vesting) milikannya itu kepada Petronas dan syarikat minyak sarawak akan bertindak sebagai kontraktor atau sebagai salah satu daripada pihak dalam sesebuah Production Sharing Contract bersama-sama denan Petronas dalam memajukan sesebuah kawasan minyak dsn gas dikawasan Sarawak
Dalam mana-mana KEDUDUKAN diatas, syarikat minyak boleh dibentuk dengan cara -:
1) Syarikat Minyak Sarawak diperbadankan dibawah Enakmen DUN Negeri Sarawak, ( seperti sesco, stidc, sedc dsb)
2) Diperbadan dibawah Enakmen DUN Negeri Sarawak untuk menubuh syarikat dibawah Akta Syarikat 2016 (seperti Petronas yang di tubuh dibawah Akta Parliament iaitu Akta Petroleum 1976 dengan menubuh syarikat berhad dibawah Akta Syarikat, 1965)
3) Atau terus memperbadankan syarikat dibawah Akta Syarikat 2016 dengan konsitusi (Memorandum and Articles of Association) mengikut citra rasa dan kesesuaian Kerajaan Negeri Sarawak.
Apa jua kedudukan dan keputusan Kerajaan Negeri Sarawak ke atas kawasan minyak dan gas Sarawak tidak harus membelakangi DUN Sarawak.
Keputusan mestilah mendapat restu DUN Sarawak kerana ia melibatkan harta yang benilai berbilion yang hurus dibelanja secara berkhemah untuk nembangunkan Sarawak dan untuk masa depan generasi yang akan datang.
APA BAHAYANYA SEKIRANYA KERAJAAN SARAWAK TIDAK MENGAMBIL KEDUDUKAN SEBAGAI PEMILIK KAWASAN MINYAKNYA. - (MEMPERKAUI KESALAHAN SEBAGAI KEBENARAN)
(1) Kerajaan Sarawak sendiri turut serta dengan kerajaan persekutuan sama-sama tidak akur atau mengingkari dan melanggar kedudukan di mana Sarawak adalah pemilik kawasan minyak ( selepas pengistihiraan pembatalan undang-undang Darurat 15/5/1969, dibuat di Parlimen pada 23/11/2011 oleg)
(2) Kerajaan Sarawak boleh dianggap sebagai MENGIAKAN atau bersetuju bahawa kawasan minyak yang dimiliki nya itu di ambil milikannya oleh kerajaan persekutuan - mengikut tindaktanduk/perbuatan (act) Kerajaan Negeri Sarawak itu sendiri.
(3) Kedudukan yang salah yang diambil oleh Kerajaan Negeri Sarawak boleh digunakan oleh Kerajaan Persekutuan sebagai alasan untuk mempertahankan diri (defence) dalam sesuatu timbangtara atau perbicaraan sekira tercetus perselisihan faham.
(4) Tidak bertindak atau tidak berbuat sesuatu mengikut kebenaran kedudukan Sarawak sebagai pemilik kawasan minyak itu diambil sebagai suatu persetujuan keatas kedudukan pemilikan yang tidak benar.

No comments:
Post a Comment