Wednesday, 5 July 2017

DISEBALIK KEJAHILAN PERKARA PENTADBIRAN NEGERI

DISEBALIK KEJAHILAN PERKARA PENTADBIRAN NEGERI

Terus tetrang,  tidak dapat dinafikan memang terdapat dari kalangan pemimpin-pemimpin Sarawak yang jahil MA63 atau lebih tepatnya bersikap mendiam dan berdiam diri apabila terdapat atau muncul perkara yang biasanya akan dilabelkan sebagai "sensitif" berhubung hak-hak negeri Sarawak disentuh. 

Contohnya (sebahagian)

(1) Essential Order No 7 & 10 semasa pengistihaan darurat. 

(2) Pindaan kepada Territorial Sea Act

(3) Pindaan Perlembagaan 1976 - menurun status Sabah Sarawak sebagai Rakan Kongsi ke status sama dengan negeri dalam kesatuan Malaya.

(4) Perkara berhubung layanan senget sebelah Petronas terhadap penyertaan pengisian jawatan dan peluang perniagaan anak-anak tempatan sejak 1974.

(5) Undang-undang cukai pelancungan.




Rata-rata pemimpin Sabah Sarawak sama ada dari kalangan ahli-ahli DUN, menteri-menteri, termasuklah ahli-ahli parlimen dan menteri di peringkat persekutuan mengambil sikap mudah dengan mendiamkan diri, malah dianjurkan agar ahli-ahli DUN, ahli-ahli parlimen dan menteri kerajaan Negeri dan persekutuan agar tidak buat bising. Kalau buat bising nascaya periuk nasi akan terbang.

Perkara menakut-nakut itu bukan saja berlaku diperingkat negeri malah juga dianjur diperingkat persekutuan.

Itulah sikap pemimpin-pemimpin negeri sejak 1963 lagi,  yang membuat rakyat menjadi serik dan bosan walaupun ianya melibatkan perkara fundamental dalam penubuhan negara Malaysia.

Pemimpin-pemimpin juga bersikap seolah-olah kuasa DUN itu kuasa atau milik eksekutif, dimana ianaya layak diberi atau serah kepada kerajaan pusat dengan sewenang-wenangnya, hanya dengan berunding, tanpa ianya di bawa ke mesyuarat kerajaan negeri.

Manakala pemimpin pusat bersikap mengambil jalan mudah tanpa merujuk dan memohon persetujuan kerajaan negeri berhubung perkara-perkara yang terang-terang menyentuh hak-hak negeri sebagai rakan kongsi seperti yang termaktub dalam MA63 dan Perlembagaan Persekutuan.

Setelah sudah sekian lama bersama-sama membentuk Malaysia perkara berhubung kuasa-kuasa negeri dan persekutuan tidak lagi menjadi masaalah pokok tau menjadi bahan politik dan ianyan harus diselesai diperingkat teknikal oleh Setiausaha Negara dan Negeri bersama-sama AG-AG masing-masing nya.

Jika badan-badan ini gagal berfungi atau gagal berfungsi dengan bebas maka Sabah, Sarawak dan Malaya harus bentuk satu badan yang bebas pengaruh pokitik agar kerja teknikal berkaitan kuasa-kuasa negeri dan persekutuan itu dapat di lakukan tanpa ada percangahan. 

Mengambil jalan mudah mengguna  'pintu belakang' tanpa merujuk samada apa yang dipinda dalam perlembagaan persekutuan itu bertentangan dengan MA63 atau dan Perlembagaan persekutuan.

Delima ini berterusan sehinggalah sampai ke zaman internet dan sosial media dimana luahan rakyat yang kritikal dengan cara pentadbiran negeri dan Negara dilakukan mulai kedengaran di media sosial. 

Malah mereka(pengkritik) tidak bebas dari mendapat kecaman pemimpin dan rakyat yang mengampu mereka.

Media arus perdana tempatan juga bersikap mengelak untuk memuatkan suara-suara yang mengkritik pentadbiran kerajaan negeri dan memuatkan pandangan pemimpin-peminpin negeri dan menolak pendapat dari kalangan orang awam yang menegur kepimpinan-pemimpin mereka.

Malah media arus perdana tempatan juga di pantau rapi agar pendapat yang tidak selari dengan kepimpinan negeri tidak disiar. Akhbar yang engkar akan di tarik permit untuk bersiar dan perkara seperti ini pernah berlaku di Sarawak.

Rakyat awam menjadi muak.

Nah, hari ini dengan adanya media sosial, pendapat yang bernas dari orang awam tidak dapat di tutup lagi. Malah pendapat yang bernas atau perkara yang 'bernar tetap benar' itu tidak dapat lagi di tutup atau dihindar lagi dari pengetahuan umum.

Pendapat yang bernas yang mengandungi kebenaran itu diterima oleh orang ramai dan sedikit-demi sedikit di ambil perhatian oleh kerajaan.

Inilah apa sebenarnya yang telah berlaku sejak hampir 55 yang lalu, disebalik kejahilan keatas perkara berhubung MA63 dan ia juga termasuk perkara lain berkaitan pentadbiran kerajaan di Sarawak.


No comments:

Post a Comment