Tidak mendapat jalanraya yang dibuat swasta, Baram dapat jalanraya nilai simpati kerajaan pusat memalui projek jiwa murni ATM.
"Program Jiwa Murni ATM" telah menjalankan beberapa projek pembikinan infrastruktur awam dan diantaranya ialah Jalanraya Saeh Niah, Sibuti, yang hampir siap dan Jalanraya ke daerah Marudi, Baram yang sedang dalam pembikinan.
Kenapa harus di jalankan oleh ATM? Kenapa tambah lagi beban dengan menjadi pesaing kepada kontraktor-kontraktor tempatan yang sudah berhadapan dengan pesaing utama mereka iaitu syarikat kroni tempatan yang memenopolikan hampir keseluruhan projek pembinaan dan penyelengaraan jalan di negeri Sarawak untuk suatu tempoh masa yang agak lama?
Menurut sumber, Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia ini telah berjaya mengurangkan kos pelaksanaan projek hingga 70%.
Kenapakah pihak kerajaan BN menunjukkan KEPERIHATINAN YANG LUARBIASA terhadap pengurangan kos untuk projek di pendalaman Utara Sarawak ini, sedangkan banyak ketirisan wang negara yang sudah berlaku sepanjang 2010 mengikut lapuran Audit Negara 2010.
Dianggarkan sejumlah RM28 Billion ketirisan berlaku dalam 2010 dan tanpa ketirisan, wang itu lebih dari cukup untuk membina jalan raya mutu tinggi termasuk rangkaian jalan yang lengkap untuk Utara Sarawak.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi juga berkata bahawa kerajaan mengambil kira tempoh penyiapan projek. Perkara ini tidak harus berlaku kerana kerajaan BN mempunyai masa yang terlalu lama untuk melaksanakan projek tersebut dan hanya bertindak secara tergesa atas keperluan mendesak berhadapan dengan rakyat dalam PRU13 akan datang.
Kos yang dianggarkan RM700 juta dapat disiap dengan kos RM200 juta dan 5 tahun di pendekkan ke 2 tahun penyiapannya. Ini bukan suatu desakan penjimatan mau pun penjimatan masa tetapi disebabkan kerajaan BN sudah sekian lama membelakangi dan gagal menunaikan janji-janji kepada rakyat Baram yang menjadi penyokong setia mereka.
Kos anggaran RM700 juta itu hanya merupakan 2.5% dan kos sebenar RM200 juta merupakan 0.7% dari nilai ketirisan RM28 Billion seperti yang dilaporkan oleh Saudara Rafizi Ramli yang diterbitkan dalam akhbar ekonomi The Edge pada 4 Februari 2011.
Pembikinan projek melalui Program Jiwa Murni ATM ini berupa simpati terhadap kerumitan dan kesengsaraan rakyat Baram selama hampir 47 tahun selepas merdeka. Rakyat Baram dan pendalaman Sarawak seharusnya sudah lama menikmati kemudahan jalan raya yang sempurna seperti yang dinikmati oleh penduduk lain di Malaysia.
Baram adalah sebuah daerah yang luas dan kaya dengan hasil bumi seperti balak. Hasil balaknya telah dituai sejak 60an hinggalah ke saat ini. Kalaulah dikumpul semua balak-balak yang dikeluar dari kawasan Baram ini yang bernilai berbillion-billion ringgit itu, ianya boleh memenuhi setiap ruang Batang/Sungai Baram dari muara sungai hinggalah ke hulu dan semua anak-anak sungainya. Namun, selama ini, nilai hasilnya tidak dapat di menafaat oleh penduduknya seperti yang dikecapi oleh rakyat-rakyat ditempat lain di Sarawak.
Disamping ketitisan RM 28 Billion yang dilaporkan diatas, Malaysia juga telah mengalami ketirisan RM 1 trillion wang rakyat KELUAR NEGARA seperti yang dilaporkan oleh Global Financial Integrity (GFI). Hasil dan kekayaan yang seharusnya boleh dinikmati menafaatnya oleh rakyat disalur keluar oleh pihak-pihak yang tertentu.
Rakyat juga semestinya lebih bijak menilai dan menggunakan kuasa undi mereka untuk menghindar pemimpin seumpama itu dari berkuasa dan terus mengusai bidang-bidang perniagaan tertentu melalui kuasa yang ada pada mereka.
Thursday, 16 February 2012
Friday, 10 February 2012
The Health Ministry - 1 Care mandatory for all Malaysians
The Health Ministry said today that the 1 Care national healthcare proposal will be made mandatory for all Malaysians.
No specific details yet as to how the proposed scheme or rather health insurance works.
It is expected to provide coverage for any medical expenses.
Would government hospital be appointed as one of the penal instituition/doctors to attend to ICare patient?
If govt hospital is to be one of its penal, then the govt hospital would become a profit making entity and compete with private practitioner.
How and what is the criteria of appointment of penal doctors / medical instituition?
I-Care would also compete with other private insurance company over medical related insurance business.
When it is made mandatory, there is no more insurable interest on the part of the participant and the interest is then transferred to the imposer (Govt who make this scheme mandatory and the body that runs the scheme) .When the insurable interest is in the hand of the imposer, while the protection is on the participant, this would not serve the interest of the participant to the fullest because the imposers interest is not on the protection but rather on profit of running the scheme.
Wednesday, 8 February 2012
CADANGAN EC - HANYA WARGA NEGARA YANG BERADA DILUAR NEGARA YANG MEMBAYAR CUKAI DI BENAR MENGUNDI
Untuk mengaitkan hak mengundi dengan percukaian bagi seseorang warga Malaysia yang berada di luar negara akan merumitkan lagi keadaan.
EC seharus meluaskan takrif "Absent Voters" atau hapuskan sekatan ini sama sekali supaya setiap warga negara malaysia dimana sahaja berada diluar negara berhak mengundi dengan bantuan/dikendalikan oleh badan-badan antarabangsa.
Apakah maksud cadangan EC bila mengatakan rakyat malaysia di luar negara yang membayar cukai sahaja yang boleh mengundi?
1) Adakah pembayar cukai menurut Akta Cukai Pendapatan 1967
atau
2) Cadangan undang-undang /pindaan baru yang akan mengenakan cukai kepada pengundi warga Malaysia di luar negara yang hendak membuang undi di luar negara. Ini agak janggal sekali.?
Untuk mengaitkan syarat mengundi dengan Akta Cukai 1967 akan merumit kan lagi keadaan kerana Akta Cukai Pendapat 1967 mempunyai set yang sangat spesifik dalam mengenakan cukai bagi seseorang yang berada diluar negera untuk pendapatan yang di terimanya.
ACP67 menyatakan bahawa pendapatan dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia oleh seseorang yang bermastautin di Malaysia (bermastautin di Malaysia Mengikut takrif Seksyen 7 ACP1967) adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan (Berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2004).
Skop percukaian bukan semata-mata menimbangkan soal tahap pendapatan sahaja malah mengambil kira samada seseorang yang berada diluar negera itu di gaji oleh majikan Luar Negara atau majikan luar negara yang mempunyai ibupejabat atau pergurusan dikawal dari Malaysia.
Kalau 'tidak membayar cukai' sebagai alasan untuk menidak atau membenar hak mengundi sudah tentu ianya tidak memberi keadilan kerana seseorang yang berada di luarnegera juga boleh memberi sumbangan besar kepada negara ini kerana mambantau membawa aliran dana masuk ke negara ini.
Selain itu seseorang yang tidak membayar cukai itu bukan bererti seseorang itu tidak ada pengenaan cukai keatasnya. - dikenakan cukai tapi belum membayar cukai boleh dianggap sebagai "tidak membayar cukai" atau "belum membayar cukai" dan dinafikan hak mengundi.
Oleh itu menentukan samada seseorang rakyat Malaysia yang berada diluar negera itu berasaskan atau dengan mengaitkan dengan Akta Cukai Pendapatan 1967 adalah tidak wajar dan akan merumitkan dan mengelirukan lagi kerana Akta cukai Pendapatan Malaysia mempunyai kriteria yang amat kompleks dalam menentukan pengenaan cukai seseorang rakyat malaysia yang berada di luar negara.
Dalam menentu seseorang itu layak mendapat BR1M, LHDN akan menentukan berasaskan rekod dan maklumat yang diperolehinya dan ini tidak bererti seseorang itu betul-betul sah layak atau tidak layak. dan sekiranya EC menggunakan atau merujuk kepada LHDN untuk menentukan kelayakan menggundi seseorang warga Malaysia yang berada di luar negara itu sah atau tidak boleh menjadikan masaalah besar dalam penjumlahan undi dan boleh berakhir di mahkamah.
Mohdar Hj Ismail
Sunday, 15 January 2012
SEBELAS (11) ORANG PEMBELI RUMAH KEDAI SATU(1) TINGKAT, DI JALAN MELAYU MIRI, SARAWAK, MELALUI SEDC SARAWAK MASIH BELUM DAPAT TUNTUT HAK MILIK
Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak di saran segera selesai masaalah sebelas (11) orang pembeli kedai SEDC, yang terletak di Jalan Melayu Miri, Sarawak yang telah menduduki rumah kedai setingkat sejak puluhan tahun dahulu yang belum lagi mendapat Hak Milik rumah kedai tersebut walau pun syarat pembelian telah lama di penuhi oleh mereka (pembeli).
Menurut sumber yang di percayai, pihak SEDC di syaki gagal menyelesaikan urusan berhubung status tapak tanah dengan pihak Jabatan Tanah & Survei Sarawak bahagian Miri walaupun surat tawaran telah dikeluarkan untuk di selesaikan syaratnya.
Sunday, 8 January 2012
Ketua Polis kuala lumpur menuduh YB Azmin Ali tidak jujur
Ketua Polis kuala lumpur menuduh YB Azmin Ali tidak jujur apabila dakwa tiada syarat dikenakan ketika polis beri kebenaran perhimpunan Anwar 901.
Apakah perjanjian yang dimeterai diantara Pihak Polis dan Pihak PKR ada wujud elemen keterpaksaan dipihak PKR kerana pihak Polis menetapkan bilangan yang berhimpun kepada 5000 orang, yang mana terlalu jauh kecil bilangannya berbanding anggaran yang akan datang ke perhimpunan tersebut. Adalah perjanjian tersebut meterai dengan niat yang tidak jujur dan bertujuan memerangkap pihak penganjur perhimpunan dan sekali gus mengagalkannya?
kalau perjanjian dibuat atas niat atau atas agenda yang mempunyai unsur menggagalkan suatu perhimpunan besar yang jauh lebih banyak bilangannya daripada apa yang di PERINTAHKAN oleh pihak Polis maka sudah tentu tiada wujud perjanjian dan untuk tujuan itu YB Azmin pasti tidak berbohong seperti tuduhan pihak polis.
Bukti perjanjian tidak semestinya wujud suatu persetujuan.
SAYANG SARAWAK .....BETUL KE SAYANG!!!
Konon nak kekal pemimpin melayu, melayu sendiri yg melangus. Konon berbangga dgn kuasa melayu, melayu juga yg tanggung derita, miskin, daif dan lebih teruk mengotorkan nama Melayu kerana mengamalkan amalan rasuah.. Orang Melayu masih kuat berpegang dengan kuasa Melayu walaupun dalam masa yang sama ramai dari mereka yang hidup melarat dan menderita
Rosak seluruh nama melayu kerana sikap tamak pemimpin melayu itu sendiri.
Apakah yang di banggasangat kalau kekayaan yang dikaut iatu kerana semata-mata ada kuasa politik?. Kuasa politik adalah amanah yang telah dipinjam rakyat berbilang kaum negeri Sarawak.
Lain lah kalau kekayaan yang melimpah ruah itu diperolehi dari hasil penat lelah dan usaha yang tidak ada kaitan dengan kuasa politik yang diamanahkan itu.!!
Dari gaya hidup telah mencerminkan bahawa pemimpin ini tidak ada ciri-ciri yang menampakkan bahawa dianya punya minat untuk membangunkan negeri dan rakyat yang telah lama ditahap ekonomi yang amat remdah. Kemana perginya patriotisma mahu membangun Negeri Sarawak dan rakyat-rakyat nya.
Sarawak hanya tempat untuk mengaut kekayaan dan hasil itu di bawa keluar negeri dan menafaat kekayaan itu juga mengalir keluar negeri.
Kenapa Luar Negeri? Adakah Sarawak ini bukan tempat yang selesa dan seronok untuk didiami, pada hal segalanya adalah di tangan sendiri yang menentukannya selama 3 tahun lamanya.
Kalau itu bukan jawabnya, mungkin kah Sarawak ini tidak ada dihati pemimpin itu sendiri dan ini terbukti dengan Isteri pertama dan kedua adalah dari warga impot. Seolah orang Malaysia dan Sarawak lhas nya tak ada "Standard" dan tidak sekufu dengan kedudukan nya. Begitu juga dengan anak - anak yang bersuami/Isteri warga impot juga..
Patriotisma hanya untuk tonjolan semata-mata untuk membolot harta kekayaan negeri sarawak.
Harta berbilion letak luar negeri. Kabarnya ada juga yang berwarga luar negeri. Jijik sangat kah sarawak ini. Kalau iapun tak malukah nak kaut hasilnya untuk beberapa kerat dalam keluarga dan kroni.
Thursday, 15 December 2011
COMPUTING PROFESSIONALS BILL 2011 DRAFT
When the draft of the COMPUTING PROFESSIONALS BILL 2011 is passed it would definitely acts as retardent, regressing development of all activities defined under its purview.
The economic value generated from the industry defined under the draft Bill is so enormous but once the grip is imposed, we would expect to experience a diminishing return.
The government's effort to lure back IT professional and those in creative technologies would be defeated and country's problem of double brain drain would not be able to be put to its minimum level.
Malaysia would miss many valuable things through the unnecessarily imposition of stringent laws.
http://www.mysinchew.com/node/67781
http://www.malaysianbar.org.my/legal/general_news/computing_professionals_bill_2011_ambiguity_arbitrariness_and_uncertainty.html
Subscribe to:
Posts (Atom)